Thursday, August 20, 2015
Apa Punya Bangangnya Mangkuk Ni.... 1MDB: Khairuddin Serah Bukti Kepada Peguam Negara Switzerland
PETALING JAYA : Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan menyerahkan semua bukti yang didakwa mempunyai
kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pejabat
Peguam Negara Switzerland di Bern.
Menurutnya, penyerahan bukti dan kronologi skandal membabitkan syarikat
pelaburan strategik kerajaan itu dibuat pada Selasa lalu.
"Kunjungan saya ke pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern ditemani
oleh peguam, Matthias Chang," katanya menerusi kenyataan yang dibuat
melalui Facebook pada Khamis.
Khairuddin berkata, beliau juga akan menyerahkan bukti yang sama kepada pengawal selia kewangan Switzerland, Finma.
"Saya akan serahkan kepada pihak penguat kuasa undang-undang dan Swiss
financial regulator, Finma untuk buat siasatan secara komprehensif
terhadap semua salah laku penyelewengan kes skandal 1MDB yang
membabitkan Swiss Bank serta beberapa bank antarabangsa," katanya.
Reuters turut melaporkan Finma sedang membuat semakan dengan beberapa
bank di negara itu sama ada mereka menjalankan urus niaga dengan 1MDB,
kata jurucakapnya pada Rabu.
Sebelum ini Khairuddin pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BN) kerana
mendakwa berlaku ketirisan dalam pentadbiran 1MDB.
"Saya bersama peguam Matthias Chang berikrar untuk menangani kes skandal
1MDB. Kami menyerahkan kepada pihak penguat kuasa undang-undang dan
kewangan antarabangsa bagi membantu menyiasat penyelewengan ini secara
telus, adil, saksama serta komprehensif.
"Saya kecewa dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dan kewangan di
negara kita yang nampak secara ketara tidak menyiasat kes ini secara
profesional dan telus," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment