Monday, August 17, 2015
Awas… Penyebaran Senarai MP BN Terlibat Komplot
Seperti yang dijangka sudah ada yang gatal tangan.Memanglah dalam
keadaan sekarang ini bukan susah nak kipas kasi panas,nak laga dan cetus
syak wasangka.
Gara-gara isu komplot nak guling kerajaan guna surat akuan bersumpah
seperti didedah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi – sudah
ada senarai konon 20 Ahli Parlimen BN yang terlibat nak lompat.
Entah kerja siapa,pagi Isnin didapati senarai disebar menerusi media sosial ,Whatapp dan sebagainya.
Bukan setakat gambar 20 Ahli Parlimen yang didakwa konon terlibat malah
lengkap dengan penerangan yang memetik ‘ sumber yang layak dipercayai’
untuk menguatkan cerita.
Untuk goreng bagi lebih syok , satu sebaran letak logo sebuah akhbar
arus perdana seolah akhbar berkenaan yang melaporkan hal itu.
Namun melihat sepintas lalu senarai berkenaan jelas bukan saja meragukan malah tidak ada lojik.
Sementara itu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Tan Sri Shahrir
Samad dalam ulasan ringkas mengenai perbuatan ini menyifatkan penyebaran
itu satu spekulasi yang bahaya.
“Ia fitnah jelas di alam maya sedangkan tidak ada asaspun,”katanya kepada Agendadaily.
Beliau kesal berita palsu begini disebarkan dan menghina institusi Parlimen.
Lebih teruk,cuba nak babitkan media arus perdana.
Katanya laporan polis akan dibuat dan meminta SKMM siasat ambil tindakan.
Shahrir kata BNBBC akan adakan satu sidang akhbar khas mengenai hal ini di bangunan Parlimen petang esok,Selasa.
Dalam perkembangan berkaitan,Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar
yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Klang,Isnin jamin tidak
ada seorang pun dari lima Ahli Parlimen BN Selangor terlibat komplot
guling kerajaan.
Selain Noh selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang,empat lain ialah Mohd
Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala
Selangor), Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan P. Kamalanathan (Hulu
Selangor).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment