Monday, August 17, 2015
GHB: Mohamad Sabu Hantar Wakil Temui Nik Omar...Nak Buat Apa Suruh Jadi Barua DAP Ker?
SHAH ALAM : Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu akan
menghantar wakilnya bagi bertemu anak bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan akan menyertai gerakan itu
dalam masa terdekat.
Mohamad berkata buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat
berhubung hasrat Nik Omar, anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan itu.
"Kita (GHB) akan periksa dan rakan kita akan buat pengesahan dan bertemu
beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran GHB
Selangor di sini, Ahad malam.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kononnya Nik Omar akan menyertai GHB.
Bagaimanapun, laporan media hari ini menyebut Nik Omar menafikan dakwaan
yang tersebar di laman sosial berhubung perkara itu, yang timbul ekoran
tersebarnya gambar beliau bersama Pengerusi GHB Kelantan Datuk Wan
Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu majlis.
Mohamad berkata GHB bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja
termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan anggota Majlis
Syura Ulama PAS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment