Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Monday, August 03, 2015
Beranikah PKR & DAP Dedah Punca Dana Politik Masing-Masing?
EDITOR MENULIS...
2 OGOS 2015
Sejak cabaran dilontarkan semalam,
saya tidak mendengar lagi (setakat artikel ini ditulis mana-mana
pemimpin pembangkang dari DAP & PKR tampil menyahut cabaran Perdana
Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak untuk mendedahkan sumber dana politik
yang diterima mereka.
Tidak seperti cabaran-cabaran lain
sebelumnya, pemimpin pembangkang cepat saja menyambut tapi tidak dalam
soal sumber kewangan untuk tujuan politik ini, dimana DAP dan PKR
katanya begitu kuat menentang. PAS tidak pulak begitu kerana kita tahu
dana politik mereka datang dari tin-tin milo.
Persoalannya, apa yang susah sangat? Kita (UMNO) dah menjual dah ni, mereka (DAP & PKR) bila nak membeli?
Bung bang bung bang dalam media sosial
pasal dana politik ini bukan main, tapi bila cabaran dah dilontar, takut
pulak nak menyambut, apa ada yang tidak kena ke?
Apakah ada perkara yang cuba nak
diselindungkan?
Ada sumbangan dari yahudi ke atau apa, rakyat mesti
nak tahu. Dah PKR dan DAP juga yang lantang cakap pasal ketelusan apa
segala. Perdana Menteri dan UMNO nak telus ni, mereka bila lagi?
Penyokong PKR dan DAP dari buang masa
berdemo desak Najib turun (tak dapat sambutan pun), lebih baik desak
parti masing-masing dedah sumber dana politik ni.
Sebetulnya kalau PKR dan DAP tak dedah
pun, kerajaan boleh tahu kalau mahu. Tinggal lagi sebab terikat kepada
peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu, maka maklumat ini tidak
dapat didedahkan kepada umum atau akan ada kesan negatif kepada negara
dari beberapa segi.
Tapi kalau ada persetujuan bersama, ada
persefahaman dari semua pihak terlibat dalam hal dana politik ini, tidak
ada masalah. Sebelah kaki dah ke arah itu, cuma tunggu PKR dan DAP
saja sekarang ni.
Ada berani ke?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment