Monday, August 03, 2015
Kalau Ikut Tradisi, Anwar Dah Jadi PM Dari UMNO Hari Ini
EDITOR MENULIS...
2 OGOS 2015
Hari ini (bila mesyuarat bahagian UMNO
dari Johor bermula), pelbagai isu berkaitan tradisi dibangkitkan untuk
membantah (secara halus) tindakan Perdana Menteri menggugurkan Timbalan
Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari barisan kabinet Selasa
lepas.
Nak ungkit bab perlembagaan dan
undang-undang, tidak ada kerana kuasa melantik/memecat ahli kabinet
adalah hak mutlak Perdana Menteri zaman berzaman, jadi sentuhlah bab
tradisi seolah-olah wujud frasa tradisi dalam perlembagaan UMNO.
Tak ada perkataan tradisi dalam perlembagaan UMNO, sebab itu Muhyiddin sendiri pun tidak membantah.
Konon, adalah menjadi tradisi
semata-mata seorang Timbalan Presiden UMNO mesti menjadi Timbalan
Perdana Menteri, yang mana memang betul dari satu segi, tapi bukan tidak
pernah berlaku dalam sejarah seorang Timbalan Presiden UMNO tidak
menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Lebih lagi bila bercakap tentang Johor
kerana Timbalan Presiden UMNO yang pertama tidak menjadi Timbalan
Perdana Menteri dalam sejarah negara ini ialah Tun Musa Hitam yang juga
berasal dari negeri Selatan tanah air tersebut.
Apa yang saya nak katakan disini
ialah, tradisi tradisi juga tapi pertimbangan-pertimbangan lain tidak
boleh diketepikan. Jika nak pakai tradisi sangat, Anwar (seorang
peliwat) akan menjadi Perdana Menteri dari UMNO hari ini. Adakah itu
yang ahli UMNO mahukan?
Jadi, sementara kita menghormati
tradisi, kita juga perlu faham perbezaan antara jawatan dalam parti dan
kedudukan dalam kabinet.
Perdana Menteri pun bukan mengenepikan
sama sekali tradisi dalam UMNO bila membuat rombakan kabinet, sebab
perlantikan Datuk Sri Zahid Hamidi bagi menggantikan Muhyiddin adalah
bersesuaian dengan tradisi UMNO dalam hal bila berlaku keadaan dimana
timbalan digugurkan.
Beliau adalah Naib Presiden yang dipilih oleh 190 dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara.
Anehnya, jika nak sangat tradisi menjadi
kewajiban, kenapa tidak diusulkan pindaan dalam perlembagaan UMNO agar
jawatan Timbalan Perdana Menteri wajib diisi oleh Timbalan Presiden
UMNO?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment