Monday, August 03, 2015
Calon PKR Masuk Dap, Politik Tikam Belakang Dalam Pakatan Pembangkang
3 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Rahimi Osman menyifatkan tindakan Pakar Undang-Undang yang juga
merupakan calon PKR semasa pilihan raya, Dr Abdul Aziz Bari menyertai
Dap adalah satu tamparan hebat kepada parti itu.
Jelas beliau sebagai individu yang diberi ruang oleh PKR untuk
bertapak dalam dunia politik, sudah pasti tindakan Aziz ini memberikan
mesej yang cukup jelas bukan sahaja kepada parti itu tetapi juga kepada
rakyat untuk berfikir.
Tambahnya lagi, dua maksud tersirat dan tersurat yang boleh
dirangkumkan adalah PKR adalah sebuah parti yang lemah dan Dap pula
memang sebuah parti yang kejam dan melampau sehingga sanggup menikam
belakang rakan sendiri.
“Walaupun Dap bersikap kejam dengan ‘mencuri’ ahli PKR yang
berpotensi tinggi namun saya pasti PKR tidak akan berani untuk
menempelak Dap.
“Aziz pula mungkin sedar kariernya tidak akan ke mana sekiranya masih
terus bersama PKR maka dia mula beralih arah untuk naik ke tahap yang
lebih tinggi dalam dunia politik.
“Disebabkan wujudknya budaya cantas mencatas yang teruk dalam PKR
maka Aziz terlebih dahulu angkat kaki,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Rahimi, orang sehebat Tan Sri Khalid Ibrahim juga boleh
tumbang dalam permainan politik dalaman PKR, apatahlagi Aziz Bari. Dek
kerana inilah, mungkin menyebabkan Aziz menyertai dan mengkhianati PKR.
Dap pula kata beliau memang ternanti-nanti penyertaan daripada orang
Melayu demi mendapatkan sokongan Melayu maka Dap sedikitpun tidak kisah
sekiranya terpaksa menggigit rakan sendiri untuk kepentingan parti
mereka.
“Ini semua adalah untuk mengaburi mata orang Melayu daripada sifat
chauvinist Dap. Malah tindakan Aziz ini juga secara langsung membuktikan
perjuangan parti itu jauh berbeza walaupun mempunyai matlamat yang
sama.
“Apa yang pasti, PKR akan terus menikus walau teruk dipijak Dap
kerana mereka bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Pas
sekiranya melawan cakap ‘bos’,” katanya lagi.
Oleh itu ujar Rahimi, rakyat harus sedar dan memikirkan kembali
adakah parti Dap mahupun PKR layak untuk diberi mandat menerajui negara.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment