Monday, August 03, 2015
Berhenti Cakap Pasal 1MDB Selepas Digugurkan, Kenapa?
EDITOR MENULIS...
2 OGOS 2015
Kita semua boleh faham ketidak senangan
hati Perdana Menteri bila ada dikalangan anggota kabinetnya MENIPU
tentang isu-isu yang telah dibincangkan dan dipersetujui dalam kabinet
seperti 1MDB.
Dah bincang, kata belum bincang, dah
dijelaskan, kata belum jelas dan sebagainya.
Mana-mana boss dalam dunia
pun pasti naik angin.
Tapi hairan, kenapa setelah digugurkan
dari kabinet, isu berkaitan 1MDB ini pun ikut gugur sekali. Kata nak
lawan sangat, tapi mana dia keberanian itu bila jawatan dah gugur?
Patutnya bila dah gugur, makin lantanglah bersuara, ini tidak, makin
kendur pulak jadinya.
Masa inilah nak balun sangat pun pasal
bukan lagi anggota kabinet kan, kenapa tak balun?
Persoalan inilah yang
bermain-main di minda saya dan saya juga percaya, kepada ramai
yang lain.
Nak kata tak ada peluang, peluang banyak.
Semalam saja seorang rasmi mesyuarat UMNO di Kluang, seorang lagi rasmi
mesyuarat di Hulu Selangor tapi isu 1MDB (bahagian tak puas hati), tidak
disentuh.
Sebaliknya yang kita dengar, yang
terlibat pakat-pakat menyakini UMNO, nak memperkukuhkan UMNO, setia
dengan Presiden UMNO dan sebagainya. Habis, yang tergamak menipu
sehingga hilang jawatan tu kenapa pulak?
Kadang-kadang mainan orang politik ni boleh buat kepala pening.
Begitu tak kisahlah yang itu, yang
penting sekarang, ini sahaja bukti 1MDB sebenarnya tidak bermasalah.
Persoalan kenapa isu ini tidak dipanjangkan selepas yang terlibat
digugurkan, itu kita tengok sajalah perkembangan macam mana selepas ini.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment