Monday, August 03, 2015

Najib Yakin Ahmad Zahid Mampu Galas Tanggungjawab Dalam Semangat Setiakawan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kewibawaan Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dapat membantu beliau dan anggota Kabinet yang lain dalam menggalas tanggungjawab bagi memenuhi kehendak rakyat dalam ikatan dan semangat setiakawan.
http://zikrihusaini.com/wp-content/uploads/2015/07/Najib-dan-Zahid.png
“Saya percaya di atas kewibawaan beliau dapat membantu saya dan anggota-anggota Kabinet yang lain dalam satu jaringan dan ikatan yang kukuh dan semangat setiakawan yang jitu untuk menggalas tanggungjawab dan amanah berat iaitu memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengalu-alukan kehadiran pertama Ahmad Zahid pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Dipetik daripada sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment