Thursday, August 27, 2015
Bersih: Tentera Masuk Campur Jika Darurat - Jeneral Tan Sri Zulkiefli Mohd Zin
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya akan campur tangan dalam
perhimpunan BERSIH 4 jika kerajaan mengisytiharkan darurat, kata
panglimanya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Zulkifeli berkata ATM setakat ini tidak terlibat menghalang perhimpunan
itu daripada diteruskan kerana keadaan masih belum memerlukan tindakan
itu diambil, lapor The Star Online.
“ATM hanya akan campur tangan dalam perhimpunan itu jika kerajaan isytihar darurat.
“Jika keadaan dikategorikan sebagai ancaman kepada ketenteraman awam,
kami akan ambil peranan polis untuk membendung keadaan,” beliau dipetik
sebagai berkata dalam sidang media di Kementerian Pertahanan hari ini.
Zulkifeli menjelaskan bahawa walaupun anggota ATM tidak dikerahkan untuk
memantau perhimpunan yang dirancang pada 29 Ogos dan 30 Ogos ini,
mereka telah mengadakan sesi latihan tahunan untuk kemungkinan jika
keadaan di luar kawalan..
"Kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa bersedia, mahir dan cekap
dalam tugas kita sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat," katanya.
Zulkifeli berkata adalah penting bagi ATM untuk mengambil
langkah-langkah pencegahan kerana beliau bimbang kejadian yang sama
dengan pengeboman 17 Ogos ini Kuil Erawan Bangkok, Thailand mungkin
berlaku di negara ini.
"Kami bimbang jika perhimpunan seperti ini terjadi darurat atas
sebab-sebab tertentu. Bagaimana jika berlaku seperti bom di Thailand-
ada orang yang mengambil kesempatan... ini yang kita bimbang.
"Terdapat banyak faktor yang boleh menukar perhimpunan, bagaimanapun aman, kepada huru-hara," kata Zulkifeli.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
memutuskan untuk menyekat laman web yang mempromosi, menyebarkan
maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 4.
Dalam kenyataannya hari ini SKMM berkata perhimpunan tersebut boleh
mengganggu-gugat kestabilan negara dengan memetik kenyataan Kementerian
Dalam Negeri (KDN).
"Sehubungan itu, MCMC ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih
berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman-laman sesawang dan media
sosial, terutamanya kandungan yang boleh menyalahi mana-mana
undang-undang Malaysia," kata SKMM.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment