Thursday, August 27, 2015
Penceramah Bebas Kena Waran Tangkap Tak Hadir Kes Khalwat
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Khamis mengeluarkan waran
tangkap terhadap penceramah bebas, Sharhan Shafie dan pasangannya, Umi
Masjuri Hassan kerana gagal hadir pada prosiding kes tuduhan berkhalwat,
dua tahun lalu.
Utusan melaporkan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin turut memerintahkan
waran tangkap terhadap penjamin mereka, Mohd. Zainuddin Abdul Yamin yang
juga gagal hadir pada prosiding itu yang merupakan sebutan pertama kes
itu hari ini.
Sharhan merupakan penceramah bebas yang terkenal melalui rawatan kaedah
Islam dan sering dijemput untuk memberi ceramah di sebuah stesen
televisyen.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment