Thursday, August 27, 2015
Syarat 'Pelik' Pakatan 2.0 Mengenai Najib... Kan Bangang Tu Nak Bebaskan ANWAR Pulak !!
KUALA LUMPUR : “Pakatan 2.0” hari ini mengeluarkan kenyataan bersama
buat kali pertama apabila mendesak Barisan Nasional membebaskan Datuk
Seri Anwar Ibrahim dari penjara sebagai syarat untuk membantu
menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Desakan itu persetujui pada perjumpaan perwakilan DAP, PKR dan Gerakan
Harapan Baru (GHB) yang diuar-uarkan sebagai pakatan pembangkang baru.
PAS dikecualikan daripada gandingan itu yang dipelopori DAP dan PKR bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
"Ahli-ahli parlimen dari DAP, PKR dan GBH bersedia membincang mengenai
cadangan-cadangan dari ahli-ahli palimen Barisan Nasional untuk
membentuk suatu majoriti baru untuk menggantikan kerajaan Datuk Seri
Najib Razak dengan pembaharuan politik sebagai agenda utama kerajaan
baru berkenaan.
"Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua tahanan politik yang lain
harus menjadi tugas pertama majoriti baru ini, kata kenyataan bersama
itu.
Peletakan syarat pembebasan Anwar itu dilihat sebagai cubaan terdesak pembangkang untuk memenuhi agenda sempit mereka.
Kenyataan bersama itu ditanda tangani oleh Lim Kit Siang, Loke Siew
Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong, and Teo Kok Seong (DAP); Rafizi Ramli,
Johari Abdul, Wong Chen, Sim Tze Tzin, and S Manikavasagam (PKR) dan
Kamaruddin Jaafar, Hatta Ramli dan Khalid Samad (GHB).
Bagaimanapun desakan pembangkang itu dilihat tidak bermaya untuk
mendapat sokongan, lebih-lebih lagi memandangkan Anwar bukan banduan
politik.
Sebaliknya Anwar menjalani perbicaraan sejak beberapa tahun sebelum
hukuman penjara lima tahun ke atas beliau diperakukan oleh Mahkamah
Persekutuan tahun lalu.
Selain itu, tidak ada pemimpin BN yang mengundang pembangkang untuk
bekerjasama dengan tujuan menjatuhkan Najib menerusi undi tidak percaya
di Parlimen.
Sebaliknya, semua parti komponen BN merakamkan sokongan berterusan
kepada Najib dan menolak sebarang cubaan untuk menjatuhkan beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment