Thursday, August 27, 2015
Nazir Razak Ikrar Bantu Pulihkan Ekonomi Negara
PETALING JAYA : Datuk Seri Nazir Razak berjanji menyatakan
kebenaran kepada 'mereka yang berkuasa' selepas dipilih menganggotai
Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang ditubuhkan kerajaan.
"Saya menjangkakan penubuhan jawatankuasa baharu, tapi bukan saya
sebagai sebahagian daripadanya, kata Pengerusi Kumpulan CIMB itu
menerusi posting terbaharu di Instagram pada Khamis.
Mengakui terkejut dengan pelantikan itu, Nazir bagaimanapun berharap beliau mampu membantu kerajaan menguruskan ekonomi negara.
"Bagaimanapun saya akan bercakap benar kepada pihak yang kuasa dan
berharap ia akan membantu kerajaan untuk mengemudi ekonomi melalui
kegawatan ini," kata Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Pada Rabu Najib mengumumkan struktur dan fungsi penubuhan JKE yang akan
menimbang perancangan serta-merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan
lagi asas-asas ekonomi Malaysia.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata JKE yang akan melapor terus
kepada beliau, akan mempertimbangkan penelitian terhadap isu-isu semasa
seperti nilai ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta
mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.
JKE diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment