Thursday, August 27, 2015
Golongan Belia Dijemput Bersama Fahami Isu Semasa Melalui Pendekatan Islam
KUALA LUMPUR : Pelbagai isu semasa yang membabitkan agama
seringkali menjadi persoalan kepada anak muda dalam berdepan dengan
masyarakat selain pelbagai persoalan berkaitan Islam gagal dirungkai
oleh golongan belia.
Sehubungan itu, Qaiser Darussalam bersama pemimpin belia Rizmel
Nazrin yang juga Ahli Parlimen Belia dan Remaja 4B Malaysia telah
mengambil inisiatif dengan menganjurkan program yang bertujuan untuk
mendekatkan belia Islam dengan mentaliti dan cara hidup Islam yang
moderate.
Program ini akan diadakan pada 27 Ogos 2015, Khamis bermula pukul
8.00 malam di Qisser Darussalam Islamic Institution, Damansara dengan
mengetengahkan pakar motivasi Islam antarabangsa, Sheikh Omar El-Bana.
“Melalui program ini, diharapkan agar ia memberi manfaat dalam
membina ikon muda Islam dan menggerakkan minda golongan belia tentang
isu-isu semasa,” katanya.
Jelasnya, pelbagai isu semasa akan dibicarakan dalam setiap sesi yang
bakal menyentuh berkaitan sosial, ekonomi, sains dan teknologi serta
cabaran hidup masyarakat moden dari sudut pandangan Islam.
“Program ini adalah medium kepada golongan belia untuk bergerak
secara aktif dengan pemikiran yang matang dan memanfaatkan pendekatan
Islam untuk menjadi pemimpin masa hadapan dan seterusnya membawa negara
ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya lagi.
Orang ramai khususnya golongan muda dijemput untuk bersama-sama dalam
program tersebut dan menyokong usaha Parlimen Belia Malaysia dalam
memastikan setiap keputusan dan tindakan yang bakal dibuat adalah
berteraskan kepada pemikiran yang matang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment