Monday, August 24, 2015
Bodoh Susah Nak Ajar !!!! Akhirnya..... Pulau Pinang Tarik Balik Tema Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri
GEORGE TOWN : Kerajaan Pulau Pinang menarik balik tema sambutan
kemerdekaan 'Bersih, Cekap, Amanah' yang digunakan untuk peringkat
negeri itu.
Keputusan tersebut diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang
media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini selepas
mempengerusikan Mesyuarat Exco tergempar pagi Isnin.
Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan menggunakan tema 'Sehati,
Sejiwa', sama seperti yang diumumkan kerajaan Pusat bagi sambutan
kemerdekaan tahun ini.
Katanya, dengan penarikan tema itu, tidak timbul lagi masalah untuk
agensi persekutuan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai
sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri.
"Keputusan ATM menarik diri daripada sambutan kali ini akibat akur
kepada desakan kerajaan pusat telah menyebabkan kerajaan negeri membuat
pertimbangan semula. Penghormatan diraja oleh ATM kepada Yang Dipertua
Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas adalah satu kewajipan tradisi
sambutan Hari Kebangsaan.
"Atas semangat kemerdekaan dan demi mempertahankan kewibawaan Yang
Dipertua Negeri Pulau Pinang sebagai ketua negeri ... kerajaan negeri
dengan berat hati menarik balik tema 'Bersih, Cekap, Amanah'.
"Kerajaan negeri akan menggunakan tema yang sama dengan yang telah diumumkan oleh kerajaan pusat," katanya.
Pada Ahad, ATM memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan, ia berkata keputusan itu dibuat berikutan tema
sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu 'Bersih, Cekap
dan Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari
Kebangsaan 2015.
Sebelum ini Jabatan Pendidikan Pulau Pinang turut mengarahkan agar semua
sekolah di negeri ini supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan
perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat
arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan.
Guan Eng berkata sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri sememangnya
telah menggunakan tema yang berlainan daripada sambutan di peringkat
kebangsaan sejak tahun 2010.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment