Monday, August 24, 2015
Kerja Roboh Rumah Penduduk Kampung Mutiara Dibatalkan
GEORGE TOWN : Kerja perobohan rumah penduduk di Kampung Mutiara, Batu
Ferringhi dekat sini dibatalkan pada pagi Isnin atas nasihat polis.
Polis menasihatkan pemilik tanah persendirian itu untuk tidak meneruskan
kerja perobohan selepas seramai 500 penduduk dan lebih 1,000 penyokong
berhimpun mengadakan bantahan.
Mereka juga meletakkan 12 kerata, sebuah van dan sebuah bas sekolah di
kedua-dua lorong jalan raya yang menuju ke persimpangan jalan.
Mereka berkumpul manakala Pengerusi Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk
Ahmad Ismail berdiri di atas pentas dan membuat pengumuman mengenai
perkara itu.
"Rumah anda selamat buat masa ini. Tapi masalah ini masih belum selesai.
Kami akan berusaha untuk memastikan anda tidak kehilangan tempat
tinggal," kata Ahmad.
Hadir sama pemimpin daripada beberapa parti politik termasuk Gerakan dan DAP.
Ahmad memberitahu media bahawa peguam V.Amareson berada di Mahkamah
Rayuan untuk memohon penggantungan pelaksanaan perintah perobohan yang
diberikan terhadap pemilik tanah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment