Monday, August 24, 2015
Siapa Tidak Tahu Perangai PR Ni.... Dakyah Pembangkang Untuk Burukkan Nama Ahli UMNO
Penganjur Bersih 4.0 ‘tidak bersih’ kerana mempunyai agenda tersembunyi.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata
demikian mengulas dakwaan pembangkang bahawa anggota akar umbi UMNO juga
akan terlibat dalam perhimpunan itu.
“Jangan terpedaya provokasi pembangkang, ahli UMNO tidak terbabit dalam perhimpunan BERSIH 4.0.
“Ahli-ahli UMNO tidak akan turun menyertai mereka, perhimpunan itu tidak
memberi sebarang manfaat kepada rakyat khususnya warga kota,” tulisnya
dalam blog UMNO Bahagian Cheras.
Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang itu, Syed Ali melabelkan
ia sebagai dakyah yang karut, tidak berasas dan berniat jahat untuk
merosakkan nama baik ahli-ahli UMNO.
Katanya, seperti perhimpunan sebelum ini, perhimpunan BERSIH terpalit
dengan kekotoran apabila ia menjejaskan kehidupan harian warga kota.
“Ini bukan kali pertama, malah perhimpunan BERSIH sebelum ini berakhir
dengan keganasan, maki hamun pasukan polis dan merosakkan harta benda
awam,” tegasnya lagi.
Kata Syed Ali, motif perhimpunan tersebut sekadar untuk
memburuk-burukkan pemimpin dan menghasut rakyat supaya menjatuhkan
kerajaan.
Beliau juga mempersoal keengganan pihak penganjur BERSIH mematuhi arahan
polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak menggunakan
lapangan Dataran Merdeka.
“Jika betul untuk berhimpun secara bersih, mengapa tidak diadakan di
Selangor ataupun di Pulau Pinang, sebaliknya mensasarkan sekitar ibu
kota Kuala Lumpur?” tanyanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment