Monday, August 24, 2015

Pemuda, Puteri UMNO Perlu Aktif Guna Media Sosial Tangkis Fitnah Terhadap PM

IPOH : Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO perlu sentiasa aktif menggunakan media sosial untuk menangkis segala fitnah dan tohmahan yang sering disebarkan pembangkang terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
IPOH, 23 Ogos -- Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Hamzah Zainuddin (dua, kanan) yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tambun di Kolej Sains Bersekutu Tanjung Rambutan hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) yang juga Menteri Kewangan II. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Hamzah Zainudin berkata tujuan dan matlamat pembangkang semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang selama ini berusaha keras membangunkan negara.

“Saya lihat bila ada beberapa isu dalam kerajaan BN, tidak sampai 24 jam sudah keluar bermacam-macam (spekulasi) dalam media sosial.

Bagaimanapun apabila masalah yang dibangkitkan seperti di Selangor iaitu isu penubuhan Darul Ehsan Investment Group, tidak banyak pun yang dibangkitkan dalam media sosial, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tambun di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendakwa pembangkang sering memutar belit fakta kerana mahu merosakkan pemikiran rakyat yang menyokong kerajaan BN.

Sehubungan itu, Hamzah berkata anggota kedua-dua sayap itu perlu ‘melawan’ fitnah dan tohmahan pembangkang secara betul dan berhemah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment