Monday, August 24, 2015

Najib Komited UMNO/BN Terus Kekal Mentadbir Negara

UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja terus kekal mentadbir negara malah akan mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang. Demikian ketegasan Presiden UMNO yang juga selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, senjata utama UMNO dan BN ialah kesetiaan pemimpin dan kerjasama pasukan semua ahli UMNO termasuk kejayaan merampas Kedah daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Oleh itu, katanya, semua ahli dan pemimpin UMNO diseru supaya bersatu dan terus memberi komitmen dan kerjasama dalam memperkukuhkan parti demi mandat yang diberikan oleh rakyat.

"Kalau orang UMNO tidak bersatu, tidak setia kita akan kalah. Macam Kedah kerjasama sebagai satu pasukan dahsyat, sebab itu UMNO, BN Kedah menang sebab kerjasama, bukan individu."

"Saya akan bantu Kedah selagi saya sebagai Perdana Menteri kerana Kedah perlu bantuan dan saya akan pasti kemenangan lebih hebat. Marilah kita rapatkan barisan, kuatkan saf tidak payahlah banyak soseh-soseh, kuatkan parti dan beri kepercayaan."

"Kita tetap bersama supaya suatu hari nanti kita dapat kecapi kejayaan yang diidamkan," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Alor Setar, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; timbalannya yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurut Najib, amat jelas parti memerlukan kesetiaan ahlinya dengan berusaha mempertahankan parti khususnya ketika berdepan pelbagai cabaran sepertimana yang berlaku ketika ini.

"Kita mungkin ada tiga juta ahli UMNO tetapi kita nak supaya tiga juta itu jadi ‘orang’ UMNO bukan ‘ahli’ UMNO. Ada bezanya kerana bila sebut orang UMNO, dia faham UMNO mesti kita jaga, pelihara, mesti tatang. UMNO mesti ada kesetiaan dan disiplin."

"Kalau ada kasih sayang pada parti, apa juga cabaran dan dugaan akan kita hadapi dengan jayanya. Saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat. Selagi ada kuasa pasukan (parti) kita menang dan berjaya," katanya.

Beliau berkata, maruah parti akan tetap dipertahankan kerana kesetiaannya demi mandat yang diberikan semua ahli.

"Saya ada hak duduk dalam parti kerana saya dipilih oleh perwakilan dalam sistem paling demokratik dalam UMNO, tidak ada undi bonus dan kuota, ahli pilih saya selagi ahli mahu saya akan tetap terus pimpin UMNO," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment