Thursday, August 20, 2015
Dr Mariah SAHKAN Arwah Nik Aziz Menipu... PAS Bukan Islam Sebenar Rupanya
EDITOR MENULIS...
20 OGOS 2015
Tahniah Dr Mariah dan juga gerombolan pembangkang yang berpusu-pusu
keluar PAS semalam untuk menganut kefahaman baru didalam kumpulan
Gerakan Harapan Baru pimpinan Mat Sabu dan juga DAP.
Tapi tak sangka pula Dr Mariah sanggup menghina ulamak-ulamak PAS dengan
membuat kenyataan bahawa keluar PAS tak bermakna murtad atau keluar
Islam. Ini menunjukkan bahawa, Dr Mariah mengesahkan PAS bukanlah parti
Islam sebenar.
Selama ini, seluruh anggota PAS termasuklah Dr Mariah dan Mat Sabu
sangat percaya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Malahan
Allahyarham Nik Aziz sendiri berkata bahawa hanya PAS yang berteraskan
Islam serta barangsiapa yang menolak PAS, bererti dia tolak Islam.
Hari ini, Dr Mariah mengesahkan arwah Nik Aziz pernah menipu didalam
kenyataan beliau kepada seluruh penyokong serta ahli-ahli PAS. Keluar
PAS bukan murtad dan bukan keluar dari Islam.., apa agaknya arwah Nik
Aziz akan kata jika beliau masih hidup? Tentu arwah sangat sedih dengan
perangai Dr Mariah serta Mat Sabu.
Agaknya bagaimana semua ini terjadi? Siapakah dalang disebalik
perpecahan didalam PAS? Tak lain dan tak bukan semua ini adalah agenda
DAP untuk menghancurkan parti politik melayu kedua terbesar didalam
Malaysia selepas UMNO.
Siapa yang bantu Mat Sabu serta beberapa pemimpin liberal PAS didalam
Muktamar sebelum ini? Sudah tentunya DAP jika dilihat dari serangan
pemimpin kafir berkenaan terhadap golongan ulamak semasa kempen
pemilihan PAS.
Siapa yang menyokong kuat usaha Mat Sabu menubuhkan kumpulan Gerakan
Harapan Baru sebagai platform baru menggantikan PAS didalam gabungan
pembangkang? Siapa lagi kalau bukan DAP!
Dan agaknya siapa yang memberikan dana ringgit Malaysia serta kemudahan
untuk kumpulan Gerakan Harapan Baru membuat roadshow serta berkempen
merekrut ahli-ahli PAS untuk menyertai mereka? Tak lain dan tak bukan
pastinya DAP yang kita fikirkan.
Jadi, nampak tak usaha pihak kafirun untuk memusnahkan perjalanan
politik umat Islam serta bangsa melayu didalam negara? Sudah jelaskan
bagaimana permainan kafir yang diketuai oleh DAP untuk menghancurkan
pemimpin-pemimpin Islam/melayu di tanah bertuah ini?
Sudah tentu rancangan puak kafir laknatullah ini dibantu oleh bangsa
melayu sendiri yang tamakkan kuasa serta wang ringgit. Sejarah Kitul
sudah membuktikan bahawa ada melayu yang mampu disepak punggungnya hanya
bermodalkan duit.
Jika dahulu hanya seekor Kitul muncul di kerajaan Melaka, kini banyak
kitul semacam itu muncul kembali di Tanah Melayu. Mereka-mereka ini
bertopengkan Islam sambil dibelakangnya dikawal penuh oleh kafir yang
dilaknat Allah.
Apa yang kita mampu lakukan? Takkan kita mahu tunggu dan lihat negara
serta pemimpin Islam hancur dek kerana fitnah serta permainan bangsat
"kayu-kayu api neraka" itu semua? Beranikah kita mempertahankan bumi
Islam ini berserta khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memerintah?
Tepuk dada, tanya diri..
Fikir-fikirkanlah bersama....
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment