Thursday, August 20, 2015

Rayuan Anwar Pada Zahid Hamidi.. "Jangan Dera Keluarga Saya"

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh merayu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar tidak menyeksa keluarganya dengan memberi kelonggaran terhadapnya..

Anwar berkata, beliau merayu kepada Zahid agar tidak menyeksa ahli keluarganya dengan mengenakan sekatan untuk ahli keluarganya melawat di penjara.

Beliau yang kononnya ingin menjadi bapa yang sanggup berkorban apa sahaja untuk keluarganya berkata, beliau sanggup menjadi pengganti untuk diseksa, asalkan ahli keluarganya dapat melepaskan kerinduan untuk berjumpa dengannya.


"Saya minta pertimbangan Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan urusan keluarga dan peguam semuanya terlalu ketat.



"...Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah. Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah... bagilah jumpa sekejap.," kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.


Beliau juga memohon agar Zahid memberi kelonggaran terhadap peguamnya untuk bertemu bagi memudahkan urusan kes-kes yang terlibat.

'Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh. Saya minta Datuk Seri Zahid timbang. TImbang keluarga dan urusan peguam," katanya.

Agak menghairankan apabila Anwar serta keluarganya memohon pelbagai benda kepada pihak penjara untuk memberi keselesaan kepada Anwar di dalam penjara itu. Adakah mereka ini beranggapan Anwar sedang bercuti di hotel 5 bintang yang perlu dilayan dengan sepenuhnya?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment