Thursday, August 20, 2015
Mukhriz Anggap Kedah Negeri Miskin.. Perlu Subsidi Istimewa Dari Kerajaan Persekutuan
Masa mula-mula pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
mula diperkenalkan bukan main bangkang lagi suruh hapuskan bagai.
Siap ada 'backup' besar lagi kat belakang suruh hapuskan GST. Yang tak
tahannya.., 'backup' besar beliau ni siap tuduh macam-macam terhadap
perdana menteri dan siap kata rakyat akan hilang kepercayaan terhadap
kerajaan.
Bila rakyat dah boleh terima dengan pelaksanaan GST, pandai pula
bercakap manis mahu hasil kutipan cukai itu disalurkan ke negeri di
bawah pentadbirannya.
Siap kata tak pelik pun jika hasil cukai itu disalurkan ke negeri Kedah kerana perkara itu telah pun diamalkan di Australia.
"Saya juga mencadangkan supaya kerajaan persekutuan mempertimbangkan
untuk mengagihkan hasil daripada GST itu dengan negeri Kedah. Ia tidak
pelik pun kerana diamalkan di Australia," kata Menteri Besar Kedah,
Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Alor Star.
Sudahlah meminta hasil kutipan itu disalurkan kepada negeri dibawah
pentadbirannya, minta pula kadar cukai GST di negeri itu diturunkan
kepada 3% kononnya rakyat akan membiasakan diri dengan cukai tersebut.
Siapa Mukhriz untuk meminta kadar cukai dinaikkan atau diturunkan dengan
sesuka hati?? Sudahlah bapanya dan dirinya tidak menyokong perdana
menteri, mahu pula perdana menteri memenuhi permintaanya.
Mengapa perlu diberikan keistimewaan ini kepada negeri Kedah?? Apakah
yang menariknya negeri Kedah sehingga perlu diberikan hak keistimewaan
tersebut... Adakah kerana Kedah negeri Mahathir???
Barangkali Mukhriz ingin menjadi hero kepada di mata rakyat negeri Kedah
dalam keadaan kerajaan diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab,
walhal rakyat sudah pun membiasakan diri dengan kadar yang telah
dikenakan..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment