Thursday, August 20, 2015
“Keluar PAS Bukan Keluar Islam” – Baru Sedarkah?
EDITOR MENULIS...
20 OGOS 2015
Matlamat menghalalkan
cara, maka jangan hairan sekiranya justifikasi yang diserlahkan adalah
hanya untuk menyokong pendirian diri dan persekongkolannya.
Tiba-tiba Dr Mariah menggunakan istilah
“Keluar dari PAS tidak bermakna keluar Islam”,. Saya pasti, ungkapan
tersebut bakal merobek ego PAS yang selama ini terkenal dengan siri
pengkafiran secara besar-besaran oleh PAS ke atas ahli UMNO dan
mereka-mereka yang enggan bersama-sama dengan mereka.
Bukankah UMNO sudah lama mengasingkan
antara PAS dan Islam, tetapi tidak pernah diakui oleh Mariah dan
sekutunya sebelum ini? Malah, kafirlah kepada mereka yang enggan bersama
PAS. Bukankah begitu?
Selaku professional dan orang yang faham
akan demokrasi, Mariah enggan mengakui kekalahan kumpulannya dalam
muktamar PAS, lantas bertindak untuk bersama Gerakan Harapan Baru.
Bayangkan jika mereka menang tempohari, apakah akan ada nada rajuk yang
sama?
Kalah pada Muktamar, Mariah akhirnya
memilih untuk berada di “kenderaan” yang berbeza untuk menuju destinasi
yang dipilihnya, tanpa mahu mengakui erti sebenar demokrasi serta
profesionalisma dalam politik. Dia menafikan hak dan kemenangan mutlak
pemandu dan pembantu pemandu kenderaan asal. Nada kecewa, dan mungkin
sahaja tidak mahu kehilangan nikmat “manisnya berkuasa”.
Sekian lama mengikuti perkembangan
politik tanahair, tidak pernah terfikir bahawa ianya akan hadir dari
mulut seorang yang diangkat menjadi pemimpin PAS.
“Tidak masuk PAS bukan ertinya kafir”,
atau “PAS hanyalah parti politik, bukan agama” membawa maksud yang sama
seperti apa yang dilafazkan oleh Mariah. Sedang tidak mahu bersama PAS
sahaja sudah digelar “kafir”, apa pula fatwa untuk mereka yang percaya
“keluar dari PAS bukan bermakna keluar dari Islam”?
Hari ini, Mariah membenarkan bahawa
ahli-ahli UMNO berada di pihak yang benar sejak dahulu lagi dalam
polemik kafir mengkafir dan siapa lebih Islam. UMNO lebih berpandangan
jauh dan berjaya memahaminya.
Tahniah kepada UMNO dan ahli-ahlinya.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment