Thursday, August 20, 2015

Suhakam Pro-LGBT?

“Generasi muda harus dijaga daripada dipengaruhi puak pelampau atau liberal, termasuk kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) dan kumpulan gay, lesbian, dwiseksual dan transgender (LGBT).”- Perdana Menteri Mohd Najib Razak
mkini-hasmy 
Kenyataan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak bahawa bahawa Malaysia mempunyai definisi yang berbeza mengenai hak asasi manusia berdasarkan Islam, yang mesti dipertahankan walaupun ia tidak sepadan dengan versi antarabangsa adalah sangat tepat dan merupakan kehendak majoriti rakyat berugama Islam di negara ini.

Malangnya, jika benar laporan Malaysiakini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tampil mahu membantah pandangan Perdana Menteri ini. 

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan hak asasi manusia selaku penandatangan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Deklarasi Hak Asasi dalam Islam, Pertubuhan Negara Islam (CDHRI).

Suhakam, katanya, kecewa dengan pendekatan sempit yang diambil oleh kepimpinan negara untuk mentafsir dan memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat yang sudah lama wujud. Untuk tujuan penjelasan, katanya, Suhakam menekankan bahawa CDHRI menjamin banyak hak yang sama seperti UDHR, dan pada masa yang sama mengesahkan syariah sebagai sumbernya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Hasmy berkata ia menegaskan bahawa 30 Tataurusan UDHR tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Walaupun tidak menyebut nama, ia adalah jelas bahawa kenyataan Hasmy itu adalah sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada hari Selasa.

Oleh kerana tiada penafian daripada Hasmy sehingga kini, kita tertanya-tanya apakah manusia Islam bernama Hasmy ini menyokong gerakan hubungan sejenis seperti gay dan lesbian?

Berdasarkan nama dan wajah beliau, kita percaya Hasmy seorang Melayu dan Islam. 

Semoga Allah memberi hidayah kepada beliau agar melihat cahaya kebenaran.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment