Wednesday, August 19, 2015
Exco PAS Dedah Kerajaan Pusat Bantu Tambah Air Selangor
Ini mengejutkan... sebab selalunya PKR parti yang paling suka buat
sidang akhbar, ada saja cerita nak bagitau pihak media, sampai ada
wartawan melawak, "PKR ini kalau boleh hilang kasut di masjid pun nak
panggil PC..."
Tapi cerita kerajaan Pusat bantu bekal air pada Selangor supaya negeri
itu tidak alami masalah kekurangan bekalan air masa musim panas langsung
tak ada cerita.
Sehinggalah Exco PAS Selangor Zaidy Abdul Talib mengaku dalam Dewan
Undangan Negeri Selangor pagi Rabu bahawa Selangor akan dapat tambahan
500 juta liter air sehari hasil persetujuan Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
Kerajaan negeri Selangor mengakui mendapat bantuan daripada kerajaan
persekutuan dalam memastikan negeri itu tidak mempunyai masalah
kekurangan air terutamanya sewaktu cuaca panas.
Zaidy yang merupakan Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri
Asas Tani Zaidy Abdul Talib berkata selain itu kerajaan persekutuan juga
akan membantu Selangor mndapatkan bekalan air bersih daripada Negeri
Sembilan yang mana menyalurkan 65 juta liter setiap hari.
"Seterusnya dengan persetujuan daripada KeTTHA juga kerajaan negeri akan
mendapat bekalan air bersih daripada Negeri Sembilan daripada loji
Rawatan Air Moi 2 sebanyak 65 juta liter air sehari," katanya menjawab
soalan lisan Adun DAP Balakong Eddie Ng yang menuntut penjelasan jaminan
dan usaha kerajaan negeri demi memastikan rakyat tidak berhadapan
dengan catuan ketika cuaca kering.
Beliau dalam masa sama kerajaan negeri tetap akan meneruskan kempen
kesedaran agar penduduk dalam negeri itu dapat menjimatkan sekurangnya
25 peratus penggunaan seorang setiap hari.
Melalui usaha kerajaan negeri ini Zaidy yang juga Adun Templer itu
memberi jaminan bahawa selangor dijangkakan aklan dapat menijmatkan
sebanyak 880 juta liter sehari menjelang 2020 sehingga projek Langat II
selesai.
Dalam masa sama beliau mendakwa kerjasama di antara dua pihak itu amat
penting demi meastikan keperluan rakyat akan terus diutamakan.
"Itulah sebenarnya pandangan kerajaan sama ada negeri dan persekutun
untuk rakyat, bahawa kita saling bekerjasama bahawa rakyat sentiasa
diutamakan dalam segala hal," ujar beliau.
Penduduk Lembah Kelang sebelum ini berdepan berbagai masalah air sejak ditadbir kerajaan Pakatan.
Isu yang melanda industri bekalan air di negeri Selangor, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya disebabkan kekurangan bekalan air
terawat untuk pengguna yang berpunca dari tiga sebab utama.
Pertama disebabkan oleh kekurangan bekalan air mentah, kedua kekurangan
kapasiti loji rawatan air dan ketiga kekurangan kapasiti sistem agihan
untuk menyalurkan bekalan air ke premis pengguna.
Ianya berpunca daripada kedegilan bekas MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
melaksanakan perancangan kerajaan Pusat membina loji Langat 2 dan
diteruskan dengan permainan politik MB baru Mohamad Azmin Ali yang
melengahkan persetujuan kerajaan Selangor selepas beliau mengambil
alih dari Khalid.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment