Wednesday, August 19, 2015

Guan Eng Tarik Balik Saman Terhadap Pemimpin UMNO Pulau Pinang

Angin tidak ribut tidak... tiba-tiba Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, menarik balik saman terhadap Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pada Rabu.

Ketua Menteri Pulau pinang itu mungkin tak mahu panjang cerita selepas bersetuju menarik balik saman tanpa sebarang syarat, dengan kedua-dua pihak setuju untuk menanggung kos masing-masing.

Persetujuan bersama itu dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan.

Mengikut jadual, kes ini sepatutnya menjalani perbicaraan namun Guan Eng bertindak menarik balik tuntutan beliau di mana kedua-dua pihak tidak akan membuat sebarang tuntutan atau memulakan sebaranf tindakan baru antara satu sama lain berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan kes ini.

Penarikkan itu melibatkan dua penyataan tuntutan terpinda  yang dibuat defendan yang mengeluarkan kenyataan 'dan saya berasakan dan saya tidak menuduh, saya tidak menuduh, saya berasakan bahawa dia telah mengambil rasuah daripada Dental, Kuala Lumpur International Dental Hospital'.

Sementara itu, defendan juga menarik balik penyataan tuntutan kedua iaitu 'to Chief Minister of Penang, please don't waste our time. We are busy untuk menepati janji. Dia busy untuk menipu. Dia memang tipu'.

Dalam writ saman yang difailkan di mahkamah, Shaik Hussein pada 5 Oktober 2012 didakwa berniat jahat menuduh Guan Eng menerima rasuah daripada syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) ketika proses membida tanah Taman Manggis, Pulau pinang.

Guan Eng diwakili peguam Simon Murali manakala Shaik Hussein diwakili peguam Tan Hong Jin.

Untuk rekod, Taman Manggis adalah merupakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat miskin mendapatkan rumah yang lokasinya berada di dalam pusat bandaraya.

Bagaimanapun kerajaan DAP bertindak menjual tanah itu kepada KLIDC bagi projek pembinaan hotel 19 tingkat, enam tingkat hospital persendirian dan lima tingkat tempat letak kereta. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment