Tuesday, August 18, 2015

Faktanya 89 Peratus Matawang Dunia Terjejas Akibat Kesan Ekonomi Global

Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika seolah-olah mencetuskan panik dikalangan Rakyat Malaysia. Masing-masing mengemukakan “teori ekonomi” masing-masing bagi menguatkan hujah mereka samada menerusi applikasi Whatsapp, laman sosial Facebook mahupun kedai-kedai kopi.

Apa yang pasti, kelompok ini jelas enggan membaca atau mendengar fakta ekonomi yang sahih samada menerusi portal berita, akhbar semasa mahupun dikaca-kaca televisyen masing-masing.
ringgit 2
Kadang kala, walaupun hujah permasalahan kejatuhan matawang dunia kini diberikan dengan fakta lengkap, kelompok ini menidakkan fakta berkenaan kerana bagi mereka fakta berkenaan ada hubung kait dengan “perintah veto” kerajaan untuk menerangkan hal yang baik sahaja pada rakyat.

Dalam hal ini, berapa ramai yang sedar bahawa terdapat 174 jenis matawang yang didagangkan didalam dunia ini dimana hanya 18 daripadanya kekal mengukuh berbanding Dollar Amerika hari ini? Ini bermakna daripada jumlah ini, hanya 11% sahaja matawang yang terselamat daripada kesan ekonomi global. Agak malang bagi Malaysia kerana tidak termasuk dalam 11% yang semakin mengukuh.

Menerusi kajian rambang yang dilakukan, kesan kejatuhan Ringgit Malaysia sebenarnya tidak begitu membimbangkan berbanding matawang lain. Kesan kejatuhan 20% hingga 24% nilai kejatuhan dilihat jauh lebih rendah berbanding Rupiah (Indonesia), 51%, Rubel (Russia), 114%, Rupee (India), 38%, Euro (Kesatuan Eropah), 20% dan Dollar Australia 24%.
trader
Pelbagai faktor boleh dikaitkan dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika. Faktor utama adalah tindakan Amerika Syarikat yang bakal menaikkan kadar faedah Rizab Persekutuan mereka dan ini pastinya mengukuhkan semula nilai Dollar Amerika di pasaran dunia.

Faktor kebergantungan negara terhadap pasaran minyak mentah juga memainkan peranan dalam hal ini. Dalam satu segi, rakyat pastinya akan memperolehi manafaat dari kejatuhan nilai pasaran minyak mentah dunia kerana harga minyak dipasaran tempatan pastinya akan menurun mengikut arus semasa (Kerajaan telah mengamalkan dasar apungan harga minyak bagi menentukan harga petrol dan diesel untuk pasaran tempatan).

Namun pada peringkat global, ianya pasti akan menyebabkan ketidak tentuan pasaran dan sekaligus menyebabkan kekurangan permintaan terhadap minyak pada pasaran dunia (minyak diniagakan mengikut Dollar Amerika).

Pada masa yang sama, China diberitakan membiarkan matawang Yuan terus mengalami penurunan tanpa perlu melakukan sesuatu tindakan drastik. Langkah ini dipercayai kerana China mahu menggalakkan pelaburan asing masuk ke negara mereka dan sebarang langkah pengukuhan semula Yuan pastinya akan menjauhkan pelabur asing dari mendekati China.
greece
Langkah pemulihan Greece yang dipersetujui oleh negara pemberi hutang juga memainkan peranan utama dalam hal ini. Apa yang pasti, Greece sedang cuba mematuhi langkah pemulihan yang dicadangkan oleh Bank Dunia dan beberapa negara Eropah yang menyertai rundingan marathon selama 23 jam di Athens baru-baru ini dan semua ini dijangka akan memulihkan semula keyakinan pelabur terhadap matawang Euro dan sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada nilai Dollar Amerika seperti sekarang.

Semua faktor dan fakta diatas bukan hanya rekaan semata-mata untuk mengaitkan kelemahan dagangan Ringgit Malaysia di pasaran dunia. Disebalik kelemahan Ringgit Malaysia hari ini, bagi pelabur asing, inilah peluang terbaik untuk melabur kedalam negara dan sekaligus mengukuhkan asas ekonomi Malaysia seperti apa yang diharapkan China hari ini.

Tidak semua kejatuhan akan menyebabkan kita sengsara. Apa yang pasti, menurut beberapa pakar ekonomi, keadaan Ringgit Malaysia hari ini tidak seteruk tragedi 1998 kerana Malaysia bukan sahaja mengalami kejatuhan nilai Ringgit, tetapi kelemahan asas ekonomi sehingga menyebabkan inflasi dan kadar pengangguran yang tinggi.
duit emas
Seelok-eloknya, bertenang dan elakkan diri dari membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas berhubung kejatuhan nilai Ringgit ini. Permasalahan ini bukanlah disebabkan faktor “Najib” mahupun “RM 2.6 billion”. Ini melibatkan pasaran dan ekonomi global yang tidak menentu dan apa yang pasti bukan hanya Ringgit sahaja yang jatuh seperti yang didakwa oleh “pakar ekonomi” dari Whatsapp, Facebook mahupun warung-warung kopi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment