Tuesday, August 18, 2015
Kembalikan Semula Jawatan Menteri Besar Selangor Kepada Khalid
EDITOR MENULIS...
18 OGOS 2015
Kerajaan Selangor sememangnya tidak pernah aman sejak Pakatan Rakyat
memulakan penggal pemerintahan mereka di Selangor pasca Pilihanraya Umum
ke 13 lalu. Isu pertelagahan dalaman yang berlaku di dalam Kerajaan
Negeri Selangor sebenarnya bukan perkara baru.
Perselisihan faham antara para pemimpin Pakatan Rakyat khususnya
Parti Keadilan Rakyat dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim sebenarnya melibatkan isu kuasa politik dan dana
kewangan PKNS yang begitu hangat di perkatakan.
Kemuncak konflik ini, nama Abdul Khalid di gugurkan daripada jawatan
Menteri Besar dan seterusnya membuka jalan bagi Ahli Dewan Undangan
Negeri Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menjadi Menteri Besar yang baru
walaupun pada awalnya nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan
Ismail dicanang oleh PKR untuk menjadi Menteri Besar baru.
Kini, setelah hampir setahun Azmin menerajui kerajaan Selangor, boleh
dikatakan hampir tiada satupun tindakan proaktif yang dilakukan oleh
Azmin untuk menjaga kebajikan rakyat negeri Selangor. Masalah air yang
terus membelenggu rakyat Negeri Selangor semakin berlarutan dan berita
negara bakal dilanda fenomena El Nino pada awal bulan September ini
pastinya memburukkan keadaan.
Masalah demam denggi yang dilaporkan menjadi “pembunuh senyap”
tertinggi di seluruh negara juga masih belum benar-benar diatasi. Begitu
juga dengan masalah timbunan sampah juga tidak pernah diatasi.
Terkini, Azmin bercadang mahu menghentikan subsidi air yang dinikmati
oleh rakyat Negeeri Selangor sebelum ini. Memburukkan keadaan, beliau
juga dilaporkan bakal menaikkan tarif air bagi menampung kerugian yang
dilaporkan oleh kerajaan Selangor sebelum ini.
Keadaan ini tidak pernah berlaku semasa Tan Sri Abdul Khalid
memerintah negeri Selangor. Dalam temubual rambang yang dilakukan
baru-baru ini, ramai yang berharap Tan Sri Abdul Khalid kembali
menerajui kerajaan negeri memandangkan Azmin dilihat gagal untuk
melakukan impak terhadap negeri Selangor.
Beliau dilihat mampu memacu ekonomi negeri Selangor dan memastikan
keadaan rakyat negeri Selangor sentiasa terjaga walaupun ada juga
terdapat sedikit kecacatan, tetapi ianya tidak banyak mengganggu rakyat
negeri Selangor.
Melihat kepada kehendak Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat kebajikan rakyat negeri
Selangor sentiasa dijaga, adalah wajar melihat Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim kembali menerajui Selangor setelah Azmin jelas gagal memacu
negeri termaju dalam negara ini lebih terjaga dan maju.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment