Monday, August 24, 2015
Guna Tema “Bersih” : Kerajaan Dap P.Pinang Diselar Main Politik Murahan
KUALA LUMPUR : Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk
Mas Ermiyati Samsudin menyifatkan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang
menggunakan tema ‘Bersih’ sebagai tema hari kemerdekaan adalah satu
tindakan yang langsung tidak ada semangat patriotisme dan seakan mahu
memecah-belahkan keamanan dan perpaduan antara kaum di negara ini.
Jelasnya, tindakan kerajaan negeri tersebut yang diterajui oleh Dap
seakan cuba mempolitikkan hari kemerdekaan demi kepentingan agenda
murahan mereka.
“Saya sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan mereka ini. Ini
jelas menggambarkan tidak ada sikap patriotisme dalam kepimpinan negeri
Pulau Pinang apabila enggan mengikuti tema kemerdekaan #Sehati
Sejiwa”, ujarnya kepada UMNO-Online.
Tegas beliau walaupun berlainan parti politik dan ideologi tetapi di
dalam konteks perpaduan antara kaum, negeri dan sebagainya, perlu ada
persefahaman apatah lagi di dalam konteks kemerdekaan.
“Perkara ini tidak perlu dipolitikkan kerana hari merdeka disambut oleh semua lapisan masyarakat malah semua peringkat umur.
“Adakah anak-anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa hendak kita
politikkan demi kepentingan diri sendiri. Jelas, kepimpinan Dap ini
tidak ada langsung keikhlasan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment