Monday, August 17, 2015
Ini ANWAR Ni... PM Ker !!!!! Rayuan Pengampunan : Anwar Minta Hakim Tarik Diri
17 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu
Hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar permohonannya
supaya diberikan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar
keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyennya bagi sabitan
meliwat.
Peguam mewakili Anwar, Latheefa Koya, memberitahu pemberita pihak
pembelaan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri atas alasan
wujud "bahaya berat sebelah" sekiranya Hakim Datuk Asmabi Mohamad
mendengar permohonan Anwar bagi semakan kehakiman.
"Kami mendapati Datuk Asmabi ialah peguam kanan persekutuan yang
mewakili kerajaan dalam saman difailkan oleh Datuk Seri Anwar terhadap
Perdana Menteri berhubung pemecatannya daripada Kabinet pada 1998.
Jika beliau mendengar permohonan itu, wujud bahaya berat sebelah," katanya selepas berjumpa dengan hakim di dalam kamar.
Latheefa berkata, Asmabi menetapkan 1 September untuk mendengar permohonan bagi hakim menarik diri.
Pendengaran permohonan bagi kebenaran itu yang sebelum ini dijadual hari ini telah ditangguh ke tarikh yang akan ditetapkan.
Pada 24 Jun, Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan
dua anaknya Nurul Izzah dan Nurul Nuha memfailkan permohonan bagi
kebenaran untuk membatalkan keputusan lembaga itu pada 16 Mac serta
mempersembahkan nasihat sewajarnya kepada Yang di-Pertuan Agong supaya
memberi pengampunan dan membebaskan Anwar.
Mereka juga memohon perintah mandamus agar lembaga itu mengadakan semula
mesyuaratnya dan menimbang semua perkara berhubung petisyen untuk
mendapatkan pengampunan diraja.
Dalam afidavit untuk menyokong permohonannya, Anwar, 67, mendakwa
keputusan lembaga itu melanggar peraturan keadilan hak asasi dan oleh
itu, adalah tidak sah.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh
setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb mengekalkan sabitan dan hukuman
terhadapnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful
Bukhari Azlan, pada 2008.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment