Monday, August 17, 2015
Politik Sesumpah DAP
Banyak telah diperkatakan berkenaan DAP dan sumbangannya dalam
mencetuskan krisis dalam PAS sehingga mendorong mereka yag kecewa dalam
pemilihan PAS baru-baru ini untuk angkat kaki dan menubuhkan parti baru.
DAP bukan hanya telah memutuskan hubungan dengan PAS malah tidak cukup
dengan itu, setelah membidankan kelahiran GHB, yang dipenuhi oleh
gerombolan kecewa tadi dan pengikut-pengikut mereka, DAP mahu memastikan
agar GHB itu nanti berperanan memusnahkan PAS sama-sekali.
Politik Islam yang dibawa PAS, yang selama ini diterima dengan senang
oleh sebahagian besar masyarakat Melayu Islam Malaysia, dilihat DAP
sebagai satu ancaman. DAP mahu membentuk politik Islam yang sesuai
dengan seleranya, kerana itu DAP berjaya mendapatkan khidmat gerombolan
kecewa dalam PAS agar membantunya membentuk satu parti Islam “ala” DAP.
Kalau selama ini kita sahaja yang membicarakan darihal penglibatan DAP
dan agendanya itu, hari ini saya sempat membaca satu ulasan berkenaan
DAP oleh seorang yang pernah tidur sebantal dengan mereka.
Dalam Malaysia Today hari ini
http://www.malaysia-today.net/oppositions-30-year-engagement-with-pas-undone/
bekas pemimpin DAP dan bekas ahli Parlimennya yang pernah bergiat 5
tahun dalam DAP iaitu Dr Kua Kia Soong mengulas isu PAS dan DAP ini dan
pengalamnnya duduk sebumbung dengan parti yang beliau tinggalkan itu.
Dr Kua sekarang merupakan Penasihat kepada sebuah NGO bernama SUARAM.
Kata Dr Kua setelah memutuskan hubungan dengan PAS, DAP hari ini lebih senang bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir:
….the man who has been responsible for privatising practically all of
Malaysian industry and destroying whatever semblance of democracy we had
in his 22 years in office…all because of the stated need to “save
Malaysia”.
Orang (Mahathir) yang bertanggungjawab menswastakan hampir keseluruhan
industri dalam negara dan yang telah bertanggungjawab memusnahkan apa
sahaja demokrasi yang kita punya selama 22 tahun beliau sebagai
PM…semuanya kerana (kononnya) kita perlu “selamatkan Malaysia”
Menurut Dr Kua lagi:
This is a significant political turnaround for the DAP. We used to have
to be saved from Mahathir. Now we are told we need to ally with Mahathir
to save Malaysia?
Perkembangan ini jelas menampakkan sikap “patah-balik” DAP. Dahulunya
(DAP) mahu kita semua diselamatkan dari Mahathir. Hari ini kita
diberitahu kita perlu bersekongkol pula dengan Mahathir untuk
menyelamatkan Malaysia?
Keterangan Dr Kua ini jelas mencerminkan sikap berubah-ubah DAP yang sangat mengelirukan.
Seterusnya Dr Kua dengan panjang lebar menyentuh berkenaan sejarah
perkembangan politik PAS dan keterlibatan NGO dan persatuan-persatuan
Cina dalam mendekati PAS dan membawa PAS untuk berkerjasama dengan DAP.
Dr Kua merupakan salah seorang tokoh yang turut terlibat.
Apa yang ketara DAP akan menyanjung PAS apabila kerjasamanya dengan PAS
memberikan keuntungan politik buatnya. Akan tetapi jika kerjasama itu
merugikan, DAP akan bangkit menyerang PAS.
Menurut Dr Kua hasil dari kerjasama antara PAS dengan DAP, masyarakat
Melayu telah mula senang dan berubah sikap terhadap DAP. Ini merupakan
satu pengakuan bahawa kerjasama PAS dan DAP sesungguhnya banyak membantu
DAP dalam menembusi tembok masyarakat Melayu yang sebelum ini merupakan
batu penghalang buat mereka.
Tetapi menurut Dr Kua lagi sikap DAP terhadap PAS sentiasa berubah-ubah
dalam ertikata lain DAP bukanlah ikhlas mana pun khasnya berkaitan
hubungannya dengan PAS.
Pernah kata Dr Kua sebelum DAP memutuskan hubungan dengan PAS dalam
tahun 1995 dahulu semasa era Gagasan Rakyat, seorang pemimpin kanan DAP
dalam satu majlis persidangan tertutup menyatakan deengan lantang:
PAS is our main political enemy
(PAS adalah musuh politik kita yang utama)
Namun selepas tercetusnya kebangkitan rakyat melalui Reformasi 1998 dan
kemudiannya terbentuk Barisan Alternatif, DAP berbaik semula dengan PAS.
Itulah DAP, oleh itu tidak mustahil, apabila melihat PAS sudah tidak
lagi ada guna buatnya, sekali lagi hari ini DAP mencampak keluar PAS.
Dalam krisis terbaru PAS-DAP ini Dr Kua lebih menyalahkan pimpinan DAP.
Kata beliau bermula dari “Langkah Kajang” DAP lah puncanya apabila PAS
tidak diberitahu atau dibawa berbincang tentang projek ini terlebih
dahulu. Kemudiannya DAP melancarkan serangan demi serangan terhadap PAS
terutama ke atas Presiden PAS sendiri yang bagi Dr Kua perbuatan itu
sangat tidak beradab.
Begitulah DAP pada pandangan bekas orang kuatnya sendiri.Kalau seorang
intelek dan bekas aktivisnya, Dr Kua sendiri boleh menyatakan demikian
terhadap DAP, tiada apalah yang mahu kita hairankan.
Hari in DAP telah berkerat rotan berpatah arang dengan PAS dan
sebaliknya memeluk erat Dr Mahathir dan kumpulan kecewa dalam PAS. Esok
lusa dengan sikap berubah-ubah DAP itu tidak mustahil Mahathir dan GHB
pula ditendangnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment