Tuesday, August 04, 2015
Kebenaran Akan Terbukti, Dana 1MDB Tidak Pernah Disalurkan Ke Akaun Najib – Arul Kanda
Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul
Kanda Kandasamy menegaskan syarikat tersebut tidak pernah memberikan
sebarang dana kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang
dimaklumkan sebelum ini.
“1MDB menyambut baik kenyataan yang jelas oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) yang tiada dana diberikan kepada PM sebelum
ini,” kata Arul dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Arul Kanda dalam kenyataan tersebut, pihaknya sentiasa akur
dengan pendirian 1MDB yang tiada sebarang pemberian dana berlaku seperti
yang dimaklumkan dalam satu kenyataan media pada Julai 3 lalu.
“Dengan keyakinan kebenaran akan terbukti,” katanya lagi.
“Bagi berterusan menyatakan sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh
setiausaha agung PKR Rafizi Ramli dalam blognya semalam, merupakan satu
perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan merupakan percubaan secara
sengaja untuk menjejaskan syarikat,” katanya.
Menurut Arul Kanda, meskipun 1MDB telah mengeluarkan ringkasan
penggunaan hutang RM42 bilion tersebut pada 3 Jun lalu, yang merupakan
maklumat yang didedahkan di dalam akaun diaudit 1MDB dan boleh
diperolehi umum, daripada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.
Dipetik daripada sumber : Awani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment