Wednesday, August 19, 2015
Kerana PKR Fitnah Khalid, Satu Malaysia Terpalit Najis Dosa
Kumpulan serpihan Harapan Baharu ini sedikit pun tidak merasa
bersalahkah dengan perbuatan mereka bersekongkol menjaja fitnah kepada
Tan Sri Khalid Ibrahim yg melibatkan sampai berjela-jela fitnah yang
disenaraikan sehingga 90 muka surat?
Belumpun sempat dibicarakan secara penuh di Mahkamah, sekarang PKR dan
Saifuddin Nasution sudah mengaku memfitnah dengan mengaku kesemua 90
muka surat berkenaan, tidak ada satu pun yg betul.
Sudah membuat ikrar bersumpah di depan Pesuruhjaya Kehakiman di dalam
mahkamah bahawa beliau tidak akan lagi mengulangi dan menyebut fitnah
itu lagi.
Kerana fitnah ini orang marah pada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, para ulama dan Pas yang tidak menyokong perbuatan ini dengan
membabi buta.
Kerana fitnah ini Sultan Selangor dan Institusi Sultan dipertikai kuasa
dan dibuat serta dibiarkan jadi bahan sendaan oleh golongan ini.
Kerana fitnah bukan sahaja rakyat Selangor, malah rakyat seluruh negara
terpalit najis dosa mengumpat keji Khalid Ibrahim kerana percaya kepada
mereka yg bersungguh menjaja cerita. Ke sana ke mari dengan roadshownya.
Demi fitnah ini, ada Adun Pas yang mengkhianati ketetapan parti sendiri.
Sekarang sudah nyata sifat mereka dengan mengisytihar keluar Pas.
Semua yg bersekongkol melakukan perbuatan fitnah inilah yang ALLAH SWT
zahirkan supaya umat manusia senang kenal dengan mengumpulkan mereka
dalam satu kumpulan yang mereka nama kan Harapan Baharu. Dan 'bisnes
seperti biasa, roadshow lagi".
Mereka ini disokong kuat oleh DAP dan hampir mustahil kita akan jumpa
mereka akan sanggup keluarkan kenyataan yg bertentangan dengan
kepentingan DAP hatta dalam perkara yang menjolok mata bercanggah
prinsip Islam mahupun menggugat kepentingan orang Melayu.
Mereka menyerang Pas yang sekarang teguh bersatu dgn lebih 80 peratus
ahli yang memilih kepimpinan sekarang dengan proses demokratik yang tak
mampu dipertikaikan.
Mereka memfitnah Pas konon akan masuk Umno. Sedangkan Pas siang malam
pagi petang mengajak ahli Umno agar meninggalkan bahtera rosak dan reput
yg sedang karam, mengajak sertai Pas sebagai pilihan baru, nafas baru
untuk orang-orang Islam, melayu dan bukan Melayu yang mahu ikut bersatu
membina kebangkitan baru.
Setakat ini purata kemasukan baru ahli ahli Pas adalah sekitar 4,000
diseluruh negara dengan permohonan baru lebih 10,000. Ini sejak
muktamar Pas terakhir yang lalu.
Pas menyeru rakyat supaya jatuhkan BN, tetapi mereka seru agar Umno
diberi harapan baru dengan tukar Najib dengan Muhyiddin. Apa mereka mahu
buat setelah Muhyiddin pula yg jadi Perdana Menteri, pengerusi BN?
Gencatan senjata 2 tahun sebab orang baru putih bersih belum buat salah?
Tun Mahathir berulangkali menyebut tujuan menyingkirkan Datuk Seri Najib untuk menyelamatkan Umno.
Islam tak tertegak dengan menjadikan tabiat memfitnah sebagai rutin dan seruan yg menghasut dan menyesatkan rakyat.
Islam hanya akan tertegak jika kita terus beristiqomah atas prinsip dan
dasar Islam. Bukan dengan menggadaikannya atas apa alasan pun.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, sebarang perubahan
dan seruan kebangkitan, jangan sampai melibatkan kekacauan dan
menyusahkan rakyat.
Kita mahu mensejahterakan kehidupan. Bukan mengheret rakyat ke jurang penderitaan.
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan Pas Pusat
19 Ogos 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment