Thursday, August 13, 2015
Ketua UMNO Bahagian Dedah Muhyiddin "Main Belakang"....
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos hari ini mendesak
agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Presiden Umno
sekiranya enggan berundur secara sukarela.
Jamal berkata, Muhyiddin perlu dipecat oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT)
Umno apabila melahirkan kekecewaan terhadap Presiden Umno, Datuk Seri
Najib Razak berhubung 1MDB dan wang derma berjumlah RM2.6 bilion.
Jelasnya, demi mengelak dari parti terus berpecah, MT Umno perlu membuat
keputusan dengan segera untuk memecat timbalan presiden Umno itu.
"Secara peribadi saya menyarankan supaya pihak Majlis Tertinggi Umno
membuat keputusan, kalau Tan Sri Muhyiddin tidak dapat bertaubat nasuha,
pucuk pimpinan Umno perlu mesyuarat untuk memecat Muhyiddin.
"Kita memang ihat Muhyiddin tidak bantai Presiden parti secara terus
tetapi tindakan beliau terus menerus mempersoal isu 1MDB dan RM2.6
bilion serta membawa isu tersebut kepada bukan ahli Umno.
"Jadi saya rasa perkara itu sudah cukup bukti bagi MT Umno membuat
keputusan yang berani dengan memecat Muhyiddin demi kepentingan dan
kebaikkan parti," kata Jamal.
Jamal berkata, Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti dan sebelum ini
menjadi timbalan perdana menteri sepatutnya mempertahankan Najib dikala
perdana menteri itu diserang dari pelbagai arah.
Tetapi, sehingga ke hari ini tiada satu tindakan Muhyiddin pun yang
dilihat cuba mempertahankan Najib, malah amat mengecewakan apabila
beliau turut serta dengan pihak yang cuba menggulingkan Najib sebagai
Perdana Menteri.
"Sepatutnya ketika Presiden di gasak kiri dan kanan oleh pihak tertentu
dia (Muhyiddin) kena pertahankan Perdana Menteri. Malah sehingga hari
ini tidak ada satu kenyataan dari Muyiddin yang mempertahankan Datuk
Seri Najib.
"Saya percaya Muhyiddin tidak ikhlas orangnya di mana beliau mempunyai
cita-cita yang tinggi sehingga sanggup menggunakan pintu belakang untuk
jatuhkan Najib bagi mendapatkan kedudukan sebagai Perdana Menteri,"
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment