Thursday, August 13, 2015
Mukhriz Kesal Wanita UMNO Langkawi Serang Dengan Kata Kesat Terhadap Najib Razak...
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kecewa dengan sikap
Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin yang menegur
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menggunakan kata-kata kesat.
Namun, katanya, mesej yang disampaikan oleh Anina itu wajar diambil perhatian oleh setiap Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
“Kita memang bersifat terbuka dan kita membenarkan perwakilan untuk
meluahkan isi hati. Namun sebarang keputusan itu mestilah dari maklumat
yang kita dapat dari akar umbi. Jadi, kadang-kadang cara perasaan itu
diluahkan dengan kata-kata yang agak kesat yang itu saya kesal.
“Saya cuba hendak memahami intipati mesej yang disampaikan dan walaupun
kita boleh menegur di atas cara beliau menyampaikan mesej, tetapi saya
ingat apa yang penting adalah isi yang beliau hendak sampaikan,” katanya
sewaktu ditemui pemberita di Pullman Hotel, Bangsar pada Khamis.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah turut menyatakan sehingga
ini, tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap wanita berkenaan
kerana tidak ada sebarang aduan dari UMNO Bahagian Langkawi.
“Setakat ini tidak ada apa-apa aduan dari UMNO Bahagian Langkawi, dan
saya rasa biarlah kes ini dijadikan satu tanda aras supaya kita tidak
melebihi had,” katanya.
Mengulas lanjut, Mukhriz turut tidak menafikan bahawa terdapat beberapa
sayap di Kedah yang lain turut lantang menyuarakan pendapat mereka dan
bukannya Anina sahaja.
“Saya juga dengar daripada Pemuda pun ada juga kenyataan-kenyataan dan
ucapan penangguhan di peringkat mesyuarat pun boleh dianggap keras juga.
“Tapi kita mahu walau apa sekalipun yang hendak disampaikan, biarlah
dengan cara yang berhemah kerana kadang-kadang kita tidak dapat mengawal
emosi,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment