Thursday, August 13, 2015

Rosmah Jadi Punca Ringgit Malaysia Jatuh Teruk?

Kedengarannya agak kelakar apabila pemimpin PKR mengatakan nilai Ringgit akan kembali pulih jika Datuk Seri Najib berundur dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Benarkah nilai mata wang bagi satu negara yang menjunam akan kembali pulih apabila pemimpin nombor 1 mereka berundur?? Dari manakah fakta yang dipetik oleh pemimpin PKR ini??

Menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, bagi memulihkan kadar tukaran matawang Ringgit, Datuk Seri Najib Razak perlulah meletak jawatan bagi memulihkan matawang Ringgit yang kini kian merosot.

Rafizi berkata, penurunan nilai Ringgit ini berpunca dari Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah membuatkan pelabur takut untuk melabur di negara ini ekoran kemelut wang derma berjumlah RM2.6 bilion.

"Sebabnya adalah Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor".

"Apabila kita ada Perdana Menteri yang tidak boleh jawab dengan rakyat kenapa ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, pelabur asing tengok, dia cakap, ini gilakah?" kata Rafizi.

Beliau percaya dengan ketiaadan Najib sebagai Perdana Menteri, nilai Ringgit akan kembali pulih seperti biasa.

"Turun Najib, tiada Rosmah, pelabur yang takut itu akan datang balik ke Malaysia dan matawang kita akan naik.

"Saya tidak kata ekonomi kita baik. Tetapi, seteruk-teruk ekonomi kita, matawang ringgit tak sepatutnya jatuh sampai AS$1 bersamaan RM4," katanya.

Bagi saya, dengan menggesa Najib berundur bukanlah cara terbaik untuk mengembalikan nilai Ringgit dan saya sendiri percaya bahawa Najib serta barisan kepimpinannya giat mengembalikan nilai Ringgit ke satu kedudukan yang selasa.

Jadi saya berharap, semua pihak dapat bersabar dan memberi peluang kepada pemimpin kita untuk beliau menggalas tanggungjawab untuk membawa kemajuan kepada negara.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment