Thursday, August 27, 2015
KL Converge! Untuk Didik Orang Ramai Tentang Internet
KUALA LUMPUR : Persidangan media digital dan komunikasi KL
Converge! adalah satu daripada inisiatif Malaysia untuk mendidik orang
ramai menggunakan internet secara positif.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
berkata platform itu antara usaha kerajaan untuk cuba melindungi
warganegara daripada ancaman dan bahaya, untuk mereka lebih sedar bahawa
internet boleh dimanfaat untuk menjana banyak kebaikan dan
kesejahteraan.
“Kami sedar yang internet merupakan alat yang boleh menyatukan kita
semua sebagai satu masyarakat dan membantu memakmurkan satu sama lain.
“Bagaimanapun, juga perlu ada tangggungjawab untuk tidak
menyalahgunakan kebebasan yang dibawa oleh alat yang amat berkuasa dan
berpengaruh itu,” katanya semasa merasmikan KL Converge! 2015 di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
Houlin Zhao dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Sharifah
Zarah Syed Ahmad.
Berdasarkan Bahagian Populasi Pertubuhan Bangsa Bersatu, Salleh
berkata 46.7 peratus daripada ASEAN akan menjadi bandar menjelang tahun
2020.
“Dengan penyertaan ASEAN dan rakan dialog kita (pada KL Converge!),
kita boleh meraikan dan mempamerkan kekuatan dan keunikan masing-masing
serta berkongsi idea untuk menjalin perkongsian komersial yang dapat
membantu pertumbuhan dan kemakmuran,” katanya.
Salleh mengambil perhatian bahawa dengan ekonomi internet dunia
dianggarkan akan menjana dua hingga tiga trilion US dollar, adalah
penting untuk menerokai potensi industri, terutamanya Perusahaan Kecil
dan Sederhana ((SME), Industri Kecil dan Sederhana (IKS), perniagaan
mikro dan industri kampung di negara ini.
Katanya rangkaian seumpama itu menyediakan tahap dan mekanisme untuk
kumpulan berkenaan menggunakan internet untuk mentransformasi perniagaan
dan taraf hidup mereka.
Industri kreatif digital, katanya juga dijangka menjana pendapatan
dalam negara kasar sebanyak RM51.5 bilion pada tahun 2020, dan kerajaan
telah menubuhkan Dana Industri Kreatif pada 2010 dengan peruntukan RM200
juta bagi filem, muzik, animasi dan perniagaan berkaitan.
Bertema ‘Penumpuan dan Keterangkuman Digital’, acara tiga hari itu
akan diisi dengan pelbagai topik berkaitan, bengkel dan pameran
teknologi seperti Gaya Hidup Digital dan myMaker.
Antara penceramah legenda yang akan menyampaikan syarahan tentang
impak era digital termasuk artis tempatan Joe Flizzow, pengarah
komersial Gary Chong dan selebriti YouTube antarabangsa Brian Brushwood.
Diseiakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment