Apakah empat pelantikan baru-baru ini
akan memesong atau menghentikan keseluruhan siasatan? Jawapannya sudah
tentu tidak. Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan sebarang
siasatan oleh Parlimen. Sebaik ia dimulakan, ia hanya boleh dihentikan
apabila PAC sudah membuat keputusan dan membentangkannya kepada Ahli
Dewan Rakyat.
PAC tidak menghentikan fungsi atau siasatannya hanya kerana beberapa
Ahli Parlimen bukan lagi menjadi anggotanya. Secara ringkasnya, itu
adalah cara PAC beroperasi.
Justeru, saya tidak fikir PAC akan lumpuh hanya kerana 4 anggotanya
dinaikkan pangkat ke dalam Kabinet. PAC diwujudkan sejak merdeka dan
kekal sebagai lambang demokrasi berparlimen. Ia akan kekal begitu selagi
Parlimen berfungsi di negara ini.
Anggota PAC menjadi Anggota Kabinet: Apa Masalahnya?
Oleh : Dato Abdul Rahman Dahlan
1. Parti pembangkang membuat bising berhubung keputusan Perdana
Menteri melantik 4 Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Kabinet baru-baru
ini.
2. Pertama, seperkara yang perlu dijelaskan ialah keempat-empatnya
bukan dilantik kerana mereka adalah anggota PAC tetapi atas kapasiti
sebagai Ahli Parlimen.
3. Berdasarkan perkembangan semasa, kita mungkin terpaksa menunggu
sebelum PAC dapat meneruskan siasatan ke atas 1MDB. Berapa lama? Ia
dianggar kira-kira 2 bulan kerana persidangan ketiga Parlimen hanya
bermula pada awal Oktober bag menentukan pengerusi baharu dan
penggantian anggota PAC.
4. Penangguhan itu mempunyai justifikasi tersendiri. Berikutan
pendedahan dokumen palsu oleh Sarawak Report dan pengakuan teori
konspirasi beberapa individu, adalah lebih baik bagi PAC menunggu
keadaan reda dan mendapat gambaran lebih jelas secara menyeluruh. Jika
tidak, PAC mungkin membuat keputusan berdasarkan andaian yang tidak
tepat.
5. Apakah empat pelantikan baru-baru ini akan memesong atau
menghentikan keseluruhan siasatan? Jawapannya sudah tentu tidak.
Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan sebarang siasatan oleh
Parlimen.
Sebaik ia dimulakan, ia hanya boleh dihentikan apabila PAC
sudah membuat keputusan dan membentangkannya kepada Ahli Dewan Rakyat.
PAC tidak menghentikan fungsi atau siasatannya hanya kerana beberapa
Ahli Parlimen bukan lagi menjadi anggotanya. Secara ringkasnya, itu
adalah cara PAC beroperasi.
6. Justeru, saya tidak fikir PAC akan lumpuh hanya kerana 4
anggotanya dinaikkan pangkat ke dalam Kabinet. PAC diwujudkan sejak
merdeka dan kekal sebagai lambang demokrasi berparlimen. Ia akan kekal
begitu selagi Parlimen berfungsi di negara ini.
7. Pelantikan empat Ahli Parlimen bagi mengisi satu jawatan menteri
dan tiga jawatan timbalan menteri itu dibuat berikutan keuapayaan dan
kedudukan mereka dalam parti masing-masing. Mari kita perhalusi
kemampuan mereka dengan terperinci.
8. Sebagai contoh, Datuk Madius Tangau adalah Presiden Pertubuhan
Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan secara dasarnya,
beliau perlu menganggotai Kabinet. Jika Perdana Menteri tidak
melantiknya minggu lalu, ia akan menghantar isyarat salah kepada ahli
UPKO. Secara tidak langsung, pentadbiran Pusat akan dilihat tidak
menghormati pilihan ahli UPKO. Selaku Setiausaha BN Sabah, saya
berpendapat adalah salah bagi Perdana Menteri menafikan hak Presiden
parti komponen di Sabah untuk menjadi anggota Kabinet.
9. Ini membawa kita kepada Datuk Reezal Merican yang dikenali sebagai
Ahli Parlimen serba boleh. Saya mengenali Datuk Reezal sejak lebih 10
tahun lalu. Beliau berpengetahuan luas dan berupaya menggarap pelbagai
perkara. Anda boleh mengadakan perbincangan intelek bersamanya mengenai
apa perkara sekalipun dan saya berjanji, anda tidak akan kecewa dengan
pemahaman beliau mengenai isu yang diperkatakan.
10. Anda akan mendapati beliau mudah dibawa berbicara, termasuk
apabila membincangkan isu seperti ekonomi antarabangsa, pelaburan dan
kewangan, sosial, sejarah Asia Barat dan undang-undang Islam. Jika anda
tidak percaya, hubungi beliau dan ajak beliau berbincang. Anda boleh
berbicara dalam bahasa Inggeris, Melayu atau Arab. Beliau fasih dalam
ketiga-tiga bahasa, lengkap dengan lenggok tatabahasanya.
11. Pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Luar akan memberi
Malaysia kelebihan dari segi hubungan antarabangsa, terutama hubungan
Malaysia dengan Asia Barat yang mana kefasihannya berbahasa Arab adalah
kelebihan besar.
12. Menyentuh mengenai Datuk Mas Ermieyati Samsudin, sudah menjadi
tradisi UMNO untuk menyerap Ketua Puteri ke dalam Kabinet. Perkara sama
dilakukan terhadap Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Noraini Ahmad dan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin ketika menerajui Puteri UMNO. Berbekalkan
latar belakang beliau dalam bidang perundangan, Mas Ermieyati seharusnya
berada dalam barisan hadapan.
13. Bagaimanapun, semestinya yang paling hebat dikritik adalah pelantikan bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohammed.
14. Rentetan kritikan dan tindakan pembangkang memperlekehkan
pelantikan beliau berlaku dengan pantas dan secara berterusan. Tambahan
pula, beliau berada tengah-tengah kemelut 1MDB dan sepatutnya mengetuai
siasatan terhadap 1MDB. Di sebalik segala kecaman itu, saya tetap yakin
kita perlu berlaku adil terhadap beliau.
15. Saya dilantik menganggotai PAC bersama Datuk Nur Jazlan pada
2008. Ketika saya bernasib baik kerana diberi peluang menjadi Menteri
Kabinet pada 2013, beliau tidak mendapat peluang sedemikian dan
berikutan itu, ramai penyokong dan pengundinya menganggap kerjaya
politik Datuk Nur Jazlan “terkapai-kapai” – terutama apabila ini adalah
tahun kelapan beliau sebagai anggota PAC.
16. Terlepas menganggotai Kabinet pada tahun 2013 bukanlah kali
pertama. Hakikatnya, Datuk Nur Jazlan terlepas enam peluang untuk
dilantik menganggotai Kabinet sepanjang menjadi Ahli Parlimen.
17. Kali pertama adalah ketika pengumuman pembentukan Kabinet tidak
lama selepas pilihan raya umum (PRU) 2004. Kali kedua adalah ketika
Kabinet oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Februari 2006. Kali ketiga
adalah sewaktu pembentukan Kabinet selepas PRU ke-12 pada 2008.
Kali
keempat ketika Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan
daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. Kali kelima adalah
pembentukan Kabinet selepas PRU ke-13 pada 2013 dan kali keenam apabila
Datuk Seri Najib Razak membuat rombakan kecil Kabinet pada 2014. Soalan
yang perlu dijawab ialah apakah adil untuk menafikan peluang beliau
memanjangkan karier politiknya buat kali ketujuh?
18. Menerusi pertimbangan kurang cerdik, kita mungkin berkata “ya”
kerana lebih minat melihat beliau memenuhi kehendak kita berbanding
kemahuan sendiri. Bagaimanapun, jawapannya agak berbeza bagi beliau. Dan
secara jujurnya, kita tidak boleh menyalahkan beliau kerana berfikiran
sedemikian.
19. Datuk Nur Jazlan dilahirkan dalam keluarga politik. Bapanya,
Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat, pernah menjadi pemimpin hebat dalam
UMNO dan menteri persekutuan serta Setiausaha Agung UMNO. Darah politik
pekat mengalir dalam dirinya.
Justeru, mudah membuat andaian bahawa
kesinambungan legasi bapanya adalah penting buat Datuk Nur Jazlan,
keluarganya dan pengundinya, seiring kerjaya politik cemerlang
keluarganya.
20. Untuk menyimpulkan segala-galanya secara jujur, setiap Ahli
Parlimen menyimpan impian untuk berbakti kepada negara. Cara terbaik
ialah menjadi anggota Kabinet sebagai menteri atau timbalan menteri.
21. Kita perlu memberi ruang kepada Datuk Nur Jazlan untuk meniti
landasan kerjayanya dengan hati dan pemikiran terbuka. Beliau, penyokong
dan rakyat di kawasan, layak menerima penghormatan itu! Jika beliau
terlepas rombakan Kabinet baru-baru ini, peluang berikutnya adalah
selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 dan itu adalah tiga tahun dari
sekarang.
22. Harus diingat, PAC boleh disusun semula. Itu tidak menjadi
masalah. Ia tidak akan mengambil masa lama, paling lama adalah 2 bulan
kerana Parlimen akan bersidang semula Oktober depan bagi menentukan
Pengerusi baharu dan penggantian anggota PAC.
Saya yakin pengerusi
baharu akan menyambung apa yang dilakukan Datuk Nur Jazlan tanpa banyak
masalah. Paling utama, tidak harus wujud sebarang keraguan terhadap PAC
sebagai lambang kebenaran dalam demokrasi berparlimen negara ini.
No comments:
Post a Comment