Friday, August 21, 2015
Malaysia Cadang Kawal Selia Internet – Najib
21 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi
mengawal selia Internet.
“Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat – agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah.
“…supaya internet menjadi ruang tidak terkawal yang dikuasai
penghinaan dan perkara yang tidak benar,” katanya semasa menyampaikan
ucapan bertajuk ‘Kepimpinan Dalam Masa Mencabar” pada siri ke-25 Ceramah
Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini,
Khamis malam.
Hadir sama Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar.
Najib berkata kerajaan mengambil isu keselamatan semua rakyat
Malaysia secara serius dan sebab itu memperkenalkan Akta Pencegahan
Keganasan (POTA) 2015.
Najib berkata pembaharuan ekonomi negara telah dipadankan dengan
bidang-bidang lain seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri,
Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.
Beliau berkata negara juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman,
mengubah undang-undang bagi membolehkan pelajar menyertai bidang politik
dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
“Ini adalah perkembangan paling besar kebebasan awam dalam sejarah Malaysia.
Namun, beberapa pihak luar telah menyerang kita kerana tidak menjaga hak rakyat,” katanya.
Najib juga membidas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa ‘demokrasi di Malaysia sudah mati’.
Justeru, perdana menteri berkata jika ada yang sangsi bahawa rakyat
Malaysia mempunyai kebebasan untuk mencari kesalahan kerajaan, maka
mereka hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk melihatnya dalam
talian.
“Kami sedar kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan dan kami
mendengarnya…tidak seperti negara-negara membangun yang lain.
Bagaimapun, tiada siapa yang akan ditangkap atau didakwa kerana
menyuarakan pandangan yang sah,” katanya.
Bagaimanapun, katanya kebebasan datang dengan tanggungjawab dan
mereka yang berfikiran terbuka dan dimaklumkan berada dalam kedudukan
untuk membuat pertimbangan yang lebih menyedarkan.
Tetapi mereka yang kurang bermaklumat akan menjadikan perkara yang
kurang tepat dan pembohongan serta bergantung kepada sumber tidak boleh
dipercayai dengan memutar dan mensensasikan maklumat, katanya.
“Ini amat bahaya dan sebab itu mengapa kerajaan saya bercadang
mengenakan standard antarabangsa untuk mengawal selia internet,”
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment