Thursday, August 20, 2015
PAS Selangor Ambil Alih Pentadbiran Kota Raja....GHB Gila Kuasa Dengan DAP
PETALING JAYA : Badan Perhubungan PAS Selangor sedia mengambil alih
pentadbiran PAS Kawasan Kota Raja susulan peletakan jawatan ahli
jawatankuasanya secara beramai-ramai.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, langkah
berkenaan selaras dengan Fasal 26 (9) j Perlembagaan PAS bagi memastikan
kelancaran pentadbiran parti yang terjejas.
"Pihak kami telah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk
Takiyuddin Hasan dan bersetuju bahawa sebarang pengambilalihan adalah
selari dengan Perlembagaan PAS," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Fasal 26 (9) j Perlembagaan PAS menyentuh mengenai langkah penyelesaian
perselisihan dalam parti dan berkuasa menggantung, membubarkan serta
mengambil alih mana-mana badan perhubungan PAS negeri atau Wilayah
Persekutuan, kawasan dan cawangan dengan melantik Jawatankuasa Tadbir
sementara yang mempunyai kuasa sebagaimana sesebuah jawatankuasa menurut
Perlembagaan parti untuk tempoh yang ditentukan.
PAS Kawasan Kota Raja lumpuh selepas semua barisan kepimpinannya
mengumumkan peletakan jawatan dalam parti itu berkuatkuasa serta merta.
Langkah berkenaan diketuai Yang Dipertua (YDP) PAS Kota Raja, Jaafar
Shamsuddin; Timbalan YDP, Norhalim Sirom dan Naib YDP, Dr Siti Mariah
Mahmud.
Turut mengikut jejak pemimpin tertinggi kawasan itu ialah 14 ahli
jawatankuasa (AJK) membabitkan sembilan ketua cawangan dan AJK cawangan
masing-masing.
Kumpulan berkenaan bertindak demikian bagi menyertai parti baharu yang dipelopori Gerakan Harapan Baharu (GHB).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment