Thursday, August 20, 2015
Pemuda Selangor Tuntut Azmin Jelaskan Mana Hilang Agihan Perbelanjaan RM7.65 Bilion
20 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali
perlu memperjelaskan secara terperinci baki kos pengambilalihan proses
penstrukturan semula industri air di negeri itu sebanyak RM7.65 bilion
seperti mana dakwaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan
Klang yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Datuk Zakaria berkata penjelasan
dan penerangan itu cukup penting agar rakyat dapat tahu agihan
perbelanjaan terbabit memandangkan ianya jumlah yang cukup besar.
Menurut beliau jika sebelum ini pimpinan pembangkang sering menuntut
penjelasan mengenai apa jua perbelanjaan yang melibatkan kerajaan negeri
pimpinan Barisan Nasional (BN), amat wajar perkara yang sama
dilaksanakan di negeri yang mereka menjadi pentadbir.
“Lagi pun mereka sebelum ini sering canang ‘good governance’
integriti, akauntabiliti dan macam-macam lagi. Tidak apa yang mahu
diselindungkan dan atas prinsip itulah Pemuda Selangor meminta kerajaan
negeri tampil menjelaskan secara telus.
“Tidak ada gunanya bercakap soal ketelusan dan macam-macam lagi jika
masih tidak berupaya untuk melaksanakan di negeri yang dikuasai sendiri.
Tampillah ke depan. Lagi pun yang mempersoalkan perkara ini bukan
calang-calang orang.
“Tan Sri Khalid tentunya ada asas untuk menuntut penjelasan
berkenaan. Takkan beliau sebagai bekas Menteri Besar pukul borong. Jadi
jalan terbaik adalah kerajaan negeri tampil ke depan cerita satu persatu
ke mana baki baki kos pengambilalihan proses penstrukturan semula
industri air di negeri itu dibelanjakan,” katanya kepada UMNO-Online, di
sini, hari ini.
Semalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Pelabuhan Klang) mendesak
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menjelaskan dengan terperinci
kos pengambilalihan berhubung proses penstrukturan semula industri air
di negeri itu yang dibimbangi memberi kesan kenaikan tarif air pada masa
akan datang.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Pelabuhan Klang) berkata
penjelasan itu sangat penting kerana dibimbangi akan berlaku peningkatan
kos bagi pengambilalihan syarikat konsesi yang akan memberi kesan
terhadap harga air seterusnya membebankan rakyat Selangor.
“Penjelasan yang dibuat Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali) semalam
hanyalah kos sebanyak RM2 bilion tetapi dia tidak tegaskan tentang baki
kos pengambilalihan sebanyak RM7.65 bilion itu,” katanya kepada
pemberita ketika ditemui di lobi DUN.
Zainuri yang juga Ketua Pemuda UMNO Klang seterusnya menambah
pergerakan itu bukanlah mahu menjadikan isu berkenaan sebagai isu
politik tetapi ianya adalah soal ketelusan dan akauntabiliti kerajaan
negeri.
Tegas beliau bukanlah niatnya untuk tumpang semangkuk apa yang
berlaku tetapi hanya sekadar meminta penjelasan sepertimana yang diminta
oleh bekas Menteri Besar sebelum ini kerana dikhuatiri melibatkan kesan
kepada harga air.
“Ini bukan soal politik…ini adalah melibatkan soal rakyat kerana kita
pun turut khuatir akan ada perubahan dari segi harga air pada masa akan
datang. Itu yang kita tidak mahu dan sudah pasti asas yang tidak boleh
ditolak ke tepi ialah wang yang dibelanjakan untuk tujuan tersebut
adalah duit rakyat. Sudah tentu penjelasan mengenainya amat perlu,”
jelas beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment