Wednesday, August 19, 2015
PM Temui Pakar Ekonomi Untuk Dengar Pandangan Mereka Mengenai Kedudukan Ekonomi Semasa
19 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini bertemu beberapa pakar ekonomi dari institusi kewangan
tempatan dan luar negara bagi mendengar pandangan mereka mengenai
kedudukan ekonomi semasa.
“Saya menghargai pandangan spontan mereka mengenai pelbagai aspek
dalam ekonomi modal dan ekonomi rakyat,” katanya dalam catatan di
Facebook rasminya hari ini.
Najib berkata pandangan mereka sangat berguna untuk kerajaan mengurus ekonomi negara secara proaktif.
“Saya mahu menemui lebih ramai pakar bidang tertentu serta wakil
pemimpin korporat dalam pelbagai bidang ekonomi pada minggu-minggu akan
datang,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Pada Isnin, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Najib akan bertemu
para pemimpin korporat untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai
kedudukan ekonomi semasa.
Ia berkata maklum balas itu akan membantu kerajaan
melaksanakan langkah-langkah untuk meletakkan Malaysia pada trajektori
merealisasikan negara maju, harmoni dan makmur.
Asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, dibuktikan menerusi pertumbuhan
Keluaran Dalam Negara Kasar 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini, kata
PMO.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment