Wednesday, August 19, 2015
Sampai Bila Pegawai Kerajaan Harus Menjadi “Punching Bag” Lim Guan Eng?
Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng, menyalahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan United Engineering
Malaysia (UEM) atas kesesakan luar biasa di Kawasan Perdagangan Bebas
Bayan Lepas-Batu Maung isnin lalu merupakan satu tindakan yang tidak
bertanggungjawab dan bersifat menyelamatkan diri dari menyelesaikan
masalah.
Lim Guan Eng dilaporkan berkata kesesakan yang menyebabkan kenderaan
tersangkut selama tiga jam ialah satu krisis yang gagal ditangani oleh
JKR/UEM.
Jalan tersebut ditutup sabtu lalu untuk membolehkan kerja-kerja
pembinaan “flyover” melintasi Sungai Keluang bagi kemudahan Lebuh Raya
Bayan Lepas Expressway (BLE) namun menyebabkan kesesakan teruk pada hari
isnin lalu yang merupakan hari kerja pertama sejak penutupan.
“Kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan cara JKR mengendalikan
penutupan jalan ini yang menyaksikan kesesakan jalan raya paling teruk
di kawasan ini dalam sejarah Pulau Pinang,” kata Lim Guan Eng dalam satu
sidang akhbar bersama JKR.
Perangai Lim Guan Eng yang suka menyalahkan pihak lain atas sebarang
kelemahan dalam pentadbiran Pulau Pinang sangat memalukan. Sebagai Ketua
Menteri, Lim sepatutnya mengambil tanggungjawab dan memperbetulkannya.
Mengadakan sidang akhbar bersama JKR dan UEM tapi kemudiannya
menyalahkan JKR dan UEM atas kesesakan ini adalah merupakan perbuatan
biadap dan tidak bermoral. Ini kerana keputusan penutupan jalan ini
sepenuhnya dibuat oleh oleh Kerajaan Negeri.
Apa perasaan para pegawai JKR dan UEM dalam sidang akhbar tersebut
sedangkan ia keputusan kerajaan Negeri? Tiada jalan di Pulau Pinang
boleh ditutup tanpa kebenaran atau arahan kerajaan negeri.
Lim tidak boleh menafikan bahawa beliau bersetuju dengan penutupan
keseluruhan jalan tersebut walaupun JKR dan UEM mengemukakan dua pilihan
kepada beliau, iaitu (i) penutupan sebahagian jalan atau (ii) tutup
sepenuhnya. Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan menutup
sepenuhnya dan ia mengakibatkan kesesakan luar biasa ini.
Lebih mengecewakan Lim langsung tidak memberi peluang kaedah ini
berjalan beberapa hari sebelum melihat apakah ia boleh diuruskan atau
tidak.
Lim sebagai Ketua Menteri sepatutnya menjadi pengimbang antara agensi
pelaksana dengan rakyat. Sebaliknya beliau pada hari pertama lagi sudah
menjadi batu api kepada rakyat dengan menyalahkan JKR dan UEM
sepenuhnya.
Adalah lumrah berlaku kesesakan akibat pembangunan. Jika sesiapa
tinggal di Kuala Lumpur berhampiran laluan pembinaan MRT dan LRT pasti
tahu seksanya. Kadangkala terperangkap sehinga dua – tiga jam dalam
kesesakan jalan raya waktu pagi. Ini pengorbanan yang perlu dilakukan.
Sudah tentu kita tidak mahu rakyat terperangkap berjam-jam lamanya.
Namun ia hari pertama penutupan jalan dan kaedah penyuraian trafik yang
baharu. Lim sepatutnya mendapat laporan terlebih dahulu dan mendengar
cadangan pihak pelaksana sebelum membuat sebarang keputusan.
Namun sama seperti mengarahkan penutupan sepenuhnya biar pun ada
cadangan alternatif, beliau sudah membuat keputusan penutupan tersebut
gagal dan mengarahkan pembukaan semula jalan tersebut.
Lim harus sedar bahawa beliau kini adalah Ketua Menteri Pulau Pinang
bukannya pemimpin pembangkang “ala koboi” yang tidak punya apa-apa
tanggungjawab pentadbiran.
Membakar sentimen pengguna jalan raya dengan mengeluarkan kenyataan
menyalahkan JKR dan UEM serta mengarahkan jalan dibuka esok melalui
akaun Twitter bukan gaya Ketua Menteri yang bertanggungjawab.
Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri harus belajar bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat, bukannya menyalahkan pihak lain.
Memalukan... Memang memalukan....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment