Monday, August 24, 2015

Terkini!!! Undilah Lagi PR.... Penduduk Dihalau, Kerajaan Pulau Pinang Lepas Tangan

"UMNO pembela nasib Melayu..." begitu plykad yang dipegang oleh seorang makcik tua yang menyertai demonstrasi lebih 1000 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi pada Isnin.

Sejak empat hari lalu (Khamis), rata-rata penduduk tidak cukup tidur, mereka mengambil giliran berjaga kerana bimbang rumah yang didiami mereka dimusnahkan.

Suri rumah Hatijah Hassan, 70, berkata dia turut berjaga dengan duduk di atas kerusi rodanya di pintu masuk kampung sejak Khamis.

"Kami tidak cukup tidur atau berehat di empat hari yang lalu, semua yang kita mahu ialah pampasan, mereka tidak boleh hanya mengusir kami seolah-olah kami adalah pendatang tanpa izin," kata beliau.

Rata-rata mereka berbaju merah warna yang sinonim dengan UMNO.

Tanpa campur tangan UMNO yang mengerakkan bantahan di semua peringat dan menyusun 'perlawanan' penduduk sudah tetu kawasan kampung yang berusia ratusan tahun itu lenyap kerana kerakusan sesetengah pihak di negeri tersebut.

Sejak pagi, penduduk keluar beramai-ramai untuk menutup laluan masuk ke kampung tersebut.

Khabar angin bertiup kencang bahawa hari ini kampung tradisi itu akan dirobohkan.

Mereka juga meletakkan 12 kerata, sebuah van dan sebuah bas sekolah di kedua-dua lorong jalan raya yang menuju ke persimpangan jalan.

Semua jalan 'disumbat' supaya tidak ada jentolak pemaju yang boleh masuk.

Rata-rata golongan lelaki sudah bersiap sedia... jika perlu bermandi peluh hari ini mereka sedia.

Melihat suasana yang tegang itu, pihak berkuasa campur tangan.

Kerja perobohan rumah penduduk dibatalkan atas nasihat polis.

"Kami menasihatkan mereka (pemaju) supaya menangguhkan tindakan itu kerana kebimbangan keselamatan awam jadi mereka bersetuju untuk menangguhkan tindakan pengusiran ke tarikh lain yang belum dapat ditentukan," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Farid Wahid.

Pengumuman tersebut dibuat dalam sidang media ringkas, penduduk masih belum mengetahuinya sehinggalah, ada suara yang meminta penduduk berkumpul di satu kawasan lapang.

Selepas mereka berkumpul, Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berdiri dan membuat pengumuman mengenai berita baik itu.

"Rumah anda selamat buat masa ini. Tapi masalah ini masih belum selesai. Kami akan berusaha untuk memastikan anda tidak kehilangan tempat tinggal," kata Ahmad selepas berunding dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Kerajaan negeri pulau Pinang.

Ahmad memberitahu bahawa peguam V.Amareson berada di Mahkamah Rayuan untuk memohon penggantungan pelaksanaan perintah perobohan yang diberikan terhadap pemilik tanah.

Beliau sebelum itu terlibat dengan rundingan bersama peguam dan pemilik tanah di Balai Polis Batu Ferringhi.

Ahmad berkata, notis perobohan berjaya ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga tempoh lima bulan bagi memberi laluan kepada rundingan di antara pemilik tanah dan kerajaan Pusat.

Katanya, Kerajaan Pusat menerusi beberapa agensi seperti UDA bersedia untuk membeli 3.5 ekar tanah terbabit sekiranya pemilik tanah menjualnya pada harga berpatutan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment