Monday, August 24, 2015
Zahid Hamidi Patut Ganti Muhyiddin Sebagai Timbalan Presiden UMNO
Walaupun pemilihan Umno 2016 ditangguhkan, Umno Bahagian Keningau
mendahului Umno Bahagian lain dengan mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi sebagai timbalan presiden parti pada pemilihan akan datang.
Komitmen itu disuarakan oleh Ketua Umno Bahagian Keningau, Datuk Sairin
Karno sebagai tanda sokongan padu Umno bahagian itu terhadap Zahid yang
dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
"Kami mempunyai tanggungjawab untuk menyokong sepenuhnya Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak kerana beliau orang nombor 1 dalam parti dan
pentadbiran negara.
"Umno Keningau juga memberi sokongan kepada Zahid selaku naib presiden
Umno dan timbalan perdana menteri dan akan kami calonkan beliau sebagai
timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang," kata Sairin.
Sairin berkata, pencalonan itu selaras dengan kedudukan Zahid sebagai orang nombor 2 dalam pentadbiran negara.
Ini menunjukkan kedudukan Muhyiddin dalam parti semakin goyah apabila
terdapat Umno bahagian telah mencalonkan Zahid sebagai timbalan presiden
parti walaupun pemilihan parti ditangguhkan selama 18 bulan.
Selepas ini dipercayai terdapat lagi Umno bahagian lain akan mencalonkan
Zahid sebagai timbalan presiden parti sebagai tanda sokongan ahli parti
terhadap timbalan perdana menteri itu selepas Muhyiddin sebelum ini
memusnahkan harapan ahli parti dengan tindakannya yang ingin menindas
presiden parti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment