Monday, November 02, 2015
Apa Hal RAFIZI Tiba Tiba Puji Ni..... Arul Pembahas Yang Baik – Rafizi
PETALING JAYA : Arul Kanda Kandasamy telah digambarkan sebagai seorang
‘lagenda di kalangan pembahas Malaysia’ oleh Setiausaha Agung PKR,
Rafizi Ramli.
Menurut beliau, Arul yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia
Development Bhd (1MDB), telah mengetuai pasukan debat yang berkali-kali
memenangi Piala Perdana Menteri (PPM) pada 1990-an.
Ahli Parlimen Pandan menyatakan perkara ini dalam posting blog beliau
bertarikh 1 September 2010, di mana beliau telah memberi penghormatan
kepada Allahyarham rakannya Adlan Benar Omar, atau Ben.
“Dalam era 90-an, PPM dimenangi berulang kali oleh Maktab Tentera Diraja
(RMC) yang diterajui oleh seseorang yang bernama Arulkanda Kandasamy,”
katanya.
“Selepas itu, kami bertemu ketika kami bertiga di UKEC (United Kingdom
& Eire Council of Malaysian Students) di UK – dan Arulkanda (lagenda
di kalangan pembahas Malaysia) seringkali mengagumi kehandalan Ben
berbahas,” tulis Rafizi.
Dalam mesej teks pada Sabtu, Arul mengakui bahawa beliau sememangnya
menjadi pembahas terbaik keseluruhan dan pembahas paling muda dalam
pertandingan PPM ketika di tingkatan satu.
“Saya adalah pemenang termuda dalam ‘International Plain Speaking Award’
ketika tingkatan 2, mewakili Malaysia di Australia, dan selebihnya
dalam adalah dalam sejarah PPM sehingga tingkatan lima,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment