Monday, November 02, 2015
Arul Kanda Buat Tony Pua Mati Akal.... Apa Pulak Alasannya Lagi
Jika sebelum ini Tony Pua memberikan pelbagai alasan untuk mengelak
daripada berdebat dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda, pagi ini Arul telah
membuat pengumuman yang mengakibatkan Tony Pua tidak bisa mengelak lagi.
Jika sebelum ini Arul menyahut cabaran Tony dengan meletakkan syarat
Tony mesti meletakkan jawatan sebagai ahli PAC bagi menjaga intigriti
badan itu. Namun setelah Tony memberikan pelbagai alasan untuk
mengagalkan debat tersebut, Arul Kanda dalam sidang media pagi ini telah
mengumumkan kesediaan beliau untuk berdebat dengan Tony tanpa sebarang
syarat.
Tony mungkin tidak sedar bahawa orang yang beliau cabar itu sebenarnya
bukan hanya pakar memulihkan syarikat, tetapi Arul juga merupakan bekas
pemidato yang digeruni oleh kawan dan lawan semasa di Maktab Tentera
DiRaja dan ketika menuntut di United Kingdom. Itu sebabnya sehingga kini
kita tidak pernah dengar pemimpin pembangkang seperti Rafizi yang
mengenali reputasi Arul sebagai pembahas, berani untuk mencabar Arul
untuk berdebat.
Malangnya, mungkin setelah dimaklumkan oleh teman-teman beliau, Tony
hari ini telah membuat helah baru bagi menghalang debat tersebut. Ketika
dihubungi oleh wartawan dan dimaklumkan tentang kesediaan Arul berdebat
dengan beliau tanpa syarat, Tony telah memberikan jawapan yang cukup
mengaibkan.
Semua terkejut apabila Tony pula yang meletakkan syarat kepada Arul
sebelum menyahut cabaran debat tersebut. Pasti ramai tergelak sehingga
terguling-guling bila mendengar syarat jantan dayus bernama Tony Pua
ini. Tony meletakkan syarat, dia hanya akan bersetuju berdebat dengan
Arul sekiranya majlis debat itu berbentuk "live talk show dan bukan
debat.
Lebih melucukan, syarat kedua yang Tony letak, hanya beliau boleh
menyoal Arul, tetapi Arul tidak boleh menyoal Tony. Ha ha ha, debat
kejadahnya ini. Belum pernah saya jumpa pemimpin pembangkang sebacul
Tony Phua. Mungkin dah tiba masanya Tony pakai skirt ke Parlimen.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment