Monday, November 02, 2015

Boleh PAN Nafikan Ini.... ? Kebenaran Di Sebalik Penubuhan PAN...

Tak sedap disebut, tak manis didengar. Tapi itulah hakikat. PAN dibina atas premis-premis  yang sungguh negatif. Pemimpin dan ahli PAN boleh kontradik dengan hujah yang dinyatakan namun itulah persepsi umum orang ramai di luar PAN.

1. Kalau pemimpin PAN tak tewas ketika Muktamar PAS ke-61 lalu maka tak akan timbul rasa kecewa dan kecil hati. Maka ditubuh PAN kerana telah sesak nafas dihimpit kekecewaan dan kecil hati itu.

2. Kalau pemimpin PAN menang ketika Muktamar ke-61 dulu, maka ada yang sudah jadi Presiden, Timbalan dan para AJK-nya. Lalu ditubuhkan PAN kerana jawatan-jawatan yang gagal dicapai tadi. Maknanya sikap kemaruk jawatan agak tinggi sehingga tak boleh jadi pengikut kepada yang terpilih.

3.PAN juga jelas khianatnya; baiah dilanggar tanpa rasa bersalah. Dicari hujah yang mengharuskan. Tak ikhlas dalam berbaiah kepada  Allah. Semasa berbaiah dulu, apa niat dan iktikadnya. Apabila mahu melanggarnya kenapa berbeza pula niat dan iktikadnya. Boleh berdalih dengan manusia tetapi bolehkah berdalih dengan Allah?

4. Khianatnya pemimpin PAN apabila tidak meletakkan jawatan sebagi wakil rakyat apabila meninggalkan PAS. Sudah tersebar kenyataan Khalid Samad dalam satu forum yang dipengerusikan oleh Dr. Agus Yusuf. Khalid jelas mengatakan wakil rakyat yang melompat parti tanpa meletakkan jawatan adalah pengkhianat. Jadi kenapa hendak dinafi dan marah-marah kalau dikatakan pemimpin dan parti PAN dibina atas pengkhianatan tadi?

5. Perjuangan Islam PAN diselaraskan dengan redha si kafir DAP. Apakah ini satu tuduhan fitnah juga apabila rakyat melihat DAP sanggup membantu dan bekerjasama dengan PAN tetapi tidak dengan PAS yang istiqamah dengan dasar-dasar Islam. Beranikah PAN memperjuangkan hudud? Atau apakah sikap PAN terhadap hudud kini sama saja dengan sikap DAP?

Konklusinya, motif tulisan ini adalah untuk memimpin kembali pemimpin, ahli dan penyokong PAN kepada kebenaran. Andai hari ini kalian belum sanggup kembali kepada PAS memadailah kalian kembali kepada kebenaran.

Letakkan diri kalian di suatu tempat yang Allah tidak murka. Pintu PAS sentiasa terbuka. Seandainya kalian tidak sudi kembali, kami terus doakan keampunan untuk kalian.

Sekurang-kurangnya kalian tidak ada saham dalam meruntuhkan atau melambatkan kemenangan Islam. Bukankah perjuangan ini cukup nostalgik bagi kita? 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment