Monday, November 02, 2015
'Jadi Berani Dan Berdebat Dengan Arul' Kata Ahmad Zahid Kepada Pua
PUTRAJAYA : Jadi berani, jadi seorang lelaki dan berdebat dengan Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda
Kandasamy, kata Timbalan Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen
Pembangkang Tony Pua.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ahli Parlimen Petaling Jaya
Utara itu tidak seharusnya mengubah pendiriannya berhubung isu itu
selepas Arul Kanda bersetuju untuk berdebat dengan beliau secara
langsung di televisyen dan menarik syarat awalnya.
Jika anda berani mencabar orang lain, maka anda perlu berani untuk menerima cabaran," katanya mengenai perkara itu.
Pada Sabtu, Arul mengumumkan bahawa beliau bersedia berdebat dengan Pua
dan menarik balik syarat awalnya yang mahu pemimpin DAP itu meletak
jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang
menyiasat kes tersebut.
Terdahulu, Arul telah meminta Pua untuk meletak jawatan daripada PAC untuk mengelak pertembungan kepentingan peribadi.
Namun, dilaporkan Pua mendakwa program yang dicadangkannya itu bukan debat tetapi hanya bual bicara.
Ahmad Zahid berkata beliau menyokong sepenuhnya perdebatan itu disiarkan
di televisyen supaya semua 'persoalan mengenai 1MDB akan dijawab'.
"Pua tidak boleh ubah pendirian. Jika beliau mahukan jawapan, ini adalah
masa yang tepat. Saya harap dia menerima cabaran untuk berdebat bersama
Arul dengan hati yang suci. Beliau mungkin seorang ahli politik tetapi
jangan mempolitikkan perkara ini," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment