Monday, November 02, 2015
Jangan Kacau Kerusi Kami - Ingatan PAS Selangor Kepada Politik PKR dan DAP
SHAH ALAM : Tindakan DAP yang ingin bertanding di beberapa kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Selangor milik PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
akan datang, hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN), kata PAS
Selangor.
Menurut Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad, PAS akan memastikan
tidak berlakunya pertandingan 3 penjuru pada Pilihanraya Umum (PRU) akan
datang.
"Kita belum buat keputusan lagi sebab kita melihat bahawa pertandingan
tiga penjuru hanya akan menguntungkan BN jadi bermakna setakat ini
keputusan PAS, kita tidak mahu beri keuntungan kepada BN sebab BN adalah
musuh kita, kalau bertanding tiga penjuru itu akan mengakibatkan
keuntungan kepada BN, sudah tentu PAS tidak akan bertanding 3 penjuru,"
katanya ketika ditemui pemberita pada pembentangan Belanjawan Selangor
2016, di sini.
Tegas Iskandar yang juga ADUN Cempaka, sekiranya DAP meneruskan hasrat
untuk merampas kerusi milik PAS, maka PAS juga tidak berganjak untuk
mempertahankan kerusi berkenaan.
"Kita akan pertahankan kerusi kita, kita akan tetap bertanding. Saya
tidak tahu (kenapa DAP isytihar untuk bertanding di kerusi PAS), sebelum
ini kita pun ada dengar bahawa ada ura-ura bahawa mereka (DAP) akan
masuk dalam kawasan PAS, ini bukan kali pertama sebelum ini pun ada
kenyataan yang sama.
"Jadi pendirian kita akan terus bertanding di situ, tidak ada masalah," katanya di lobi DUN Selangor.
Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman pula mengesahkan PAS Selangor maklum akan hasrat DAP Selangor itu.
"Sebenarnya kenyataan Tony adalah kenyataan yang sama bunyi yang
dikeluarkan oleh Parti Amanah Negara (Amanah) dahulu, saya tidak pasti
adakah Tony membawa suara Amanah kerana Menteri Besar Selangor telah
sebut bahawa Amanah tidak ada tempat di negeri ini. Kita kena tanya dia.
"Tapi apapun di peringkat kita (PAS) sudah bersedia dan kita telah
nyatakan kita akan kekalkan kerusi kita dan tidak ada nak lepaskan kepada
mana-mana pihak," ujar Khairuddin.
ADUN Paya Jaras itu turut memberikan amaran kepada DAP supaya tidak
mengganggu kerusi milik PAS sekiranya mahu kerusi berkenaan terus berada
di tangan pembangkang.
"Tiga penjuru atau 2 penjuru kena tanya DAP, pada kita PAS berhadapan dengan BN, itu jelas," ujar Khairuddin.
"Satu cara untuk elak 3 penjuru adalah DAP dan Amanah jangan masuk kerusi PAS, kalau masuk 3 penjuru", katanya.
Awal hari ini, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata parti itu boleh
memenangi lapan kerusi DUN milik PAS sekiranya bertanding di
kerusi-kerusi berkenaan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, jika pertandingan tiga
penjuru di antara PAS, DAP dan BN berlaku di lapan kerusi negeri
berkenaan pada pilihan raya umum akan datang, DAP tidak menghadapi
masalah untuk memenangi kerusi berkenaan.
Lapan kerusi dimaksudkan oleh Pua itu adalah Seri Serdang, Dusun Tua,
Taman Templer, Tanjong Sepat, Chempaka, Lembah Jaya, Paya Jaras and
Meru.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment