Monday, November 02, 2015
Kalau Ada Bukti Kukuh Kenapa Takut Debat?
SUBANG JAYA : Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia
Development Berhad (1MDB),? Arul Kanda diharap dapat menerima pelawaan
debat dengan hati terbuka tanpa mengenakan pelbagai syarat.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Arul
sepatutnya tidak perlu takut sekiranya beliau merasakan 1MDB berada
dipihak yang benar.
”Pendebatan itu perlu dibuat tanpa mengenakan syarat-syarat mengarut.
Kalau 1MDB serius dan tiada masalah serta bukti yang kukuh, maka
teruskan sahaja adakan pendebatan itu.
“Jadi, isu menyuruh Tony Pua meletakkan jawatan sebagai Ahli PAC tidak
timbul, kalau 1MDB betul-betul bersih,” katanya Sinar Online selepas
mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda Harapan di Empire Hotel, Subang
Jaya, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kesediaan Arul menerima pelawaan
debat daripada Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua?
namun mengenakan syarat supaya Tony meletak jawatan terlebih dahulu
sebagai ahli PAC.
Tony ?menerusi satu kenyataan mengakui beliau rela untuk dibuktikan
tersilap dalam debat tersebut asalkan program tersebut dapat
dilaksanakan.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, pendebatan ini perlu diteruskan
juga, kerana ia dapat memberikan penjelasan mengenai kemelut yang
melanda 1MDB sekarang.
“1MDB ini merupakan isu yang besar, saya ingat perbahasan itu perkara
yang baik untuk menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment